Penariwanita memakai baju kurung,kebaya kurung dan selendang.Sanggul dan bunga-bungaan pula sering dipakaikan di kepala sebagai perhiasan.:13 Penari lelaki pula berbaju Melayu sama ada dengan gaya cekak musang atau gaya teluk belanga (yang khusus di Johor) dan songkok di kepala.:13. Kelengakapan muzik. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab
Penilaian Amalan Rumah Terbuka Aktiviti 1 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan, dan kata ganda majmuk. Amalan rumah terbuka sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum T di Malaysia. Apabila tetamu berkunjung ke rumah terbuka sesuatu kaum, mereka akan E dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat yang berbeza. Misalnya, ketika rumah M terbuka Aidilfitri, pengunjung-pengunjung bukan Melayu dan yang tidak beragama Islam A akan mengetahui budaya atau cara hidup masyarakat Melayu dari aspek makanan, pakaian, 3 hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan bahawa masyarakat bukan Melayu yang datang akan teruja dengan hidangan masakan Melayu. Di rumah terbuka ini, terdapat makanan-makanan yang berlainan rasa dan rupa. Ada rendang, ketupat, soto, lemang dan sebagainya. Tidak terkecuali kuih-muih dan biskut-biskut tradisi mahupun yang moden. Pelancong-pelancong asing yang datang juga boleh mengenali budaya dan belajar tentang gaya pemakaian orang Melayu. Mereka juga dapat mengenali pelbagai jenis makanan mengikut negeri-negeri yang ada di negara ini. Bukan itu sahaja, ketika rumah terbuka ini, kita akan dapat melihat kerenah para tetamu yang mencuit hati. Ada yang bersalam-salaman, berbual-bual dan tegur-menegur antara satu dengan yang lain sambil menikmati juadah yang ada. Hal ini secara tidak langsung dapat mempererat perpaduan kaum di negara ini. Aktiviti 2 Analisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah. Sebenarnya, ada keistimewaan yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka, diantaranya ialah dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan jiran mereka. Hal ini disebabkan kesibukan mereka mengejar masa dan kerjaya. Oleh itu, tradisi rumah terbuka ini secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka ambil tahu tentang jiran sekeliling. Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia. Adanya gajet yang canggih boleh membuatkan seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi seperti ini susah untuk dibendung. Jadi, amalan rumah terbuka sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan mengenali jiran-jiran mereka. Hal ini penting bila berlakunya kecemasan. Jiranlah orang yang paling dekat yang dapat membantu kita. Konsep dan matlamat mengadakan rumah terbuka ini amat baik. Kita seharusnya mengamal dan mempraktik budaya ini setiap tahun. 36Tema 4 SENI BERSENDIKAN BUDAYA Hidup Dikandung Adat, Mati Dikandung Tanah Budaya Cerminan Bangsa Fokus Mengenali dan menghayati kepelbagaian adat dan budaya. Murid diberi pendedahan untuk mengenali tokoh budayawan negara, baju teluk belanga, gambus Johor, seni pertahanan diri, menyampaikan teks pengacaraan majlis, membaca, dan memahami prosa tradisional. 37 3737Unit 7 Citra Bangsa Mendengar dan Bertutur Tokoh Budayawan T AKTIVITI E M 1. Andaikan anda seorang editor majalah Warisan Budaya, jalankan aktiviti main peranan A dengan menemu bual Profesor Dr. Siti Zainon binti Ismail. 2. Pada pendapat anda, mengapakah generasi sekarang perlu menghargai budaya dan adat 4 istiadat yang diwarisi sejak turun-temurun? Profesor Dr. Siti Zainon binti Ismail merupakan tokoh budayawan yang mengkaji seni budaya Melayu. Selain itu, beliau turut berketerampilan dalam bidang karya kreatif sehinggakan digelar sebagai pelukis, penyair, penulis novel dan cerpen, pereka bentuk, dan ahli akademik. Internet Buku Berasal dari Kampung Bandar Dalam, Gombak, Selangor Tokoh Pengkaji Budayawan warisan budaya Selangor 2006 Melayu Pakaian Penyair dan merupakan pelukis wanita lambang budaya Melayu Mengkaji Penerima busana sebagai Write Award 1989 simbol pakaian adat kesenian Mewakili negara dalam pembacaan puisi, pameran lukisan, dan seminar seni budaya Majalah Prof. Dr. Siti Zainon binti Ismail Sumber Dewan Sastera, Disember 2011 Setiap kaum di negara kita memiliki warisan budaya yang tersendiri. Sarankan langkah-langkah supaya negara kita menjadi teladan kepada negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk. 38 38 Baju Teluk Belanga Baju teluk belanga mula diperkenalkan di Teluk AKTIVITI Belanga, Singapura. Pemakaian baju ini popular 1. Berikan makna perkataan yang semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan berwarna ungu dengan merujuk Abu Bakar yang berpindah ke Tanjung Puteri kamus. Johor Bahru. T 2. Cari maklumat tambahan tentang Baju teluk belanga mempunyai pesak dan E busana bangsa lain. Kemudian, kekek. Baju ini dijahit sembat tangan supaya M jelaskan keistimewaan setiap kelihatan kemas manakala leher baju berbentuk A busana tersebut. bulat, dipanggil leher bulan-bulan 4 yang dijahit dengan jahitan tulang belut dan berkancing satu. Labuh baju lelaki dan perempuan berbeza. Baju lelaki labuh sehingga bawah pinggang dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya sehingga bawah lutut. Baju teluk belanga untuk lelaki diserikan dengan samping. Terdapat dua cara pemakaian samping, iaitu gaya kain berdagang dalam dan gaya kain berdagang luar. Kain berdagang dalam bagi lelaki adalah untuk rakyat biasa. Kain berdagang yang dipakai di luar baju teluk belanga adalah untuk golongan atasan. Di Johor, seluar yang dipakai bersaiz besar pada bahagian pinggang dan perlu diikat dengan tali. Bagi kaum perempuan pula, pemakaian baju teluk belanga dipadankan dengan kain sarung yang diikat berombak-ombak di rusuk sebelah kiri atau kanan si pemakai. Sehelai kain sarung lain digunakan sebagai kelubung. Sumber Siti Zainon Ismail, Pakaian Cara Melayu, 2009 Bandingkan dan bezakan ciri-ciri baju Melayu cekak musang dengan baju Melayu teluk belanga. 39 39Menulis AKTIVITI Sahabat anda yang berada di luar negara telah mengutus surat kepada anda untuk mengetahui maklumat tentang pembuatan gambus. Balas surat sahabat anda. Kenali Gambus T E Johor M A 4 2. Membelah kayu • Kayu dibelah untuk 1. Pemilihan kayu dijadikan kepingan • Pemilihan kayu yang badan gambus. berkualiti seperti seraya dan meranti. Format surat kiriman tidak rasmi Alamat pengirim dan tarikh Pendahuluan 9. Pemasangan tali Kata sapaan dan uji bunyi • Tali dipasang Isi pada hujung leher hingga kekuda. Kata sapaan • Gambus akan diuji bunyi supaya Penutup tidak sumbang. Pengakuan Tandatangan Pengirim 40 40 E M 4. Membentuk A • Kepala, telinga, leher, kekuda, tampuk luar, dan tampuk dalam 4 untuk gambus dibentuk. 3. Melayur • Kepingan papan dilayur di atas api. 5. Pembuatan badan gambus • Kepingan papan dikikir dan disusun di atas acuan khas IMBAS SAYA serta dicantumkan dengan menggunakan gam. 8. Kemasan 6. Mengetam • Kerja kemasan dibuat. • Bahagian • Gambus disembur badan dan dengan pengilat. muka diketam untuk memperhalus badan dan muka 7. Membuat bahagian gambus. muka • Lubang muka, kerawang ukir, papan muka, dan hiasan manik dibuat. 41 Temu bual dengan Haji Mohd Diah bin [email protected], 9 April 2016 41Seni Bahasa Gemalai Bersatu Majlis Penutupan Hari Seni Tarian Budaya AKTIVITI Kelab Kebudayaan SMK Sri Siantan Sampaikan teks Atur Cara Majlis pengacaraan 1030 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan berdasarkan 1035 pagi Nyanyian Lagu Negaraku bahan mengikut 1040 pagi Ucapan Pengerusi Kelab Kebudayaan T 1050 pagi Ucapan Pengetua E kesesuaian. M 1100 pagi Persembahan Tarian Ceracap Inai, Tarian Kipas, dan Tarian Bhangra A 1115 pagi Bersurai 4 KAD 1 KAD 2 Salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana Yang Berbahagia Puan Maziah binti Jalal, dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama Pengetua SMK Sri Siantan, Yang Dihormati memeriahkan Majlis Penutupan Hari Seni Encik Gavindran a/l Mutusamy, Penolong Kanan Tarian Budaya, Kelab Kebudayaan SMK Sri Pentadbiran, Puan Yap Mei Lee, Penolong Siantan. Majlis dimulakan dengan nyanyian Kanan Kokurikulum, Yang Berusaha Saudara lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri. Azri bin Salleh, Pengerusi Kelab Kebudayaan, guru-guru, dan rakan-rakan yang saya kasihi. KAD 3 KAD 4 Hadirin dipersilakan duduk. Seterusnya, majlis Terima kasih kepada Saudara Azri bin mempersilakan Yang Berusaha Saudara Azri Salleh. Hadirin sekalian, majlis berbesar bin Salleh, selaku Pengerusi Kelab Kebudayaan hati mempersilakan Yang Berbahagia Puan SMK Sri Siantan, untuk menyampaikan ucapan Maziah binti Jalal, Pengetua SMK Sri Siantan alu-aluan. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Hari Seni Tarian Budaya. KAD 5 KAD 6 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Terima kasih kepada kumpulan tarian Pengetua atas kesudian menyempurnakan Majlis rampaian. Majlis juga merakamkan ucapan Penutupan Hari Seni Tarian Budaya ini. Majlis terima kasih kepada semua pihak yang telah diteruskan lagi dengan persembahan Tarian memberikan kerjasama dalam menjayakan Ceracap Inai, Tarian Kipas, dan Tarian Bhangra. acara ini. TEROKA MINDA Tulis satu teks pengacaraan majlis rasmi di sekolah. 42 42Unit 8 Tautan Seni Subur Harmoni Mendengar dan Bertutur Seni Pertahanan Diri Amirul dan Rajendran ingin mendapatkan maklumat tentang seni pertahanan diri. Mereka berjumpa AKTIVITI dengan murid tingkatan 2 yang menjadi anggota T Ceritakan pengalaman anda kelab seni pertahanan diri. E tentang seni pertahanan diri. M A pergerakan 4 mengamati membentuk berasaskan taktik pergerakan sahsiah dan teknik haiwan pihak lawan terpuji ilmu menggunakan pertahanan menggunakan keris diri buluh Silat Silambam warisan warisan bangsa kesihatan bangsa Melayu India TEROKA MINDA PERKASA ILMU Cari maklumat dan jelaskan jenis seni pertahanan diri yang lain Seni pertahanan diri ialah kaedah untuk mempertahankan diri di negara kita. daripada serangan musuh dengan menggunakan senjata atau tanpa senjata. Terdapat beberapa jenis seni pertahanan diri di negara ini seperti silat, silambam, wusyu, dan kuntau. Dua jenis Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan seni pertahanan diri yang telah diisytiharkan sebagai Warisan untuk mempelajari seni Kebangsaan ialah seni persilatan Melayu dan silambam. pertahanan diri? Sumber Jabatan Warisan Negara 43Membaca Serlahkan Bakat Seni TEROKA MINDA AKTIVITI Jelaskan faedah-faedah yang Baca iklan dengan sebutan ditawarkan dalam pengajian dan intonasi yang betul. bidang kesenian. T E M A Anda mencintai 4 seni dan budaya? Jika ya, kami akan melatih anda dalam INSTITUT KRAF NEGARA pelbagai bidang. Rebutlah peluang untuk melanjutkan Kami menawarkan Seni Kraf Tenunan, pengajian bagi mendapatkan Seni Kraf Batik, Seni Kraf Seramik, Seni Kraf sijil dan diploma yang ditawarkan. Logam, serta Seni Kraf Rotan dan Buluh. Program kami diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA. Suasana kampus yang aman dan kondusif. Kemudahan percuma yang disediakan ialah Daftar segera dalam talian untuk yuran pengajian, peralatan, dan bahan kemasukan sesi 20 pengajian, elaun sara hidup, penginapan, di laman sesawang dan makanan untuk tiga kali sehari. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut Kemasukan sesi Institut Kraf Negara, pengajian 20 . Unit Hal Ehwal Pelajar, KM. 20 Jalan Ipoh–Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon 03-6091 5322 Sumber Institut Kraf Negara 44 44Menulis Lenggok Tari Pancaran Budaya Remaja pada hari ini semakin minat mempelajari AKTIVITI seni tari. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka Catat isi-isi penting yang terdapat menyedari bahawa tarian mencerminkan identiti dalam petikan dan tulis ringkasan sesuatu kaum. Remaja yang terlibat dalam seni dengan menggunakan ayat yang tari memainkan peranan dalam memperkenalkan T gramatis. budaya warisan negara. E Remaja berperanan sebagai duta busana M negara di peringkat antarabangsa. Hal ini bersangkut paut dengan pakaian tradisional pelbagai A kaum di Malaysia yang diperagakan oleh para penari. Rekaan busana tradisional yang indah 4 dan unik secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara ke serata dunia. Selain itu, remaja yang menyertai pertandingan seni tari di luar negara dapat mempamerkan kepelbagaian budaya Malaysia. Hal ini terjadi kerana kepelbagaian seni tari mempunyai falsafah yang tersendiri. Sebagai contohnya, tarian Zapin Tengliu diilhamkan oleh nelayan yang menari di atas kapal mengikut arus ombak laut. Jelaslah bahawa tarian boleh menggambarkan citra negara bagi setiap bangsa di negara ini. Di samping itu, seni tari juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan sektor pelancongan negara. Hal ini berlaku kerana tarian yang dipersembahkan oleh remaja disaksikan oleh masyarakat dan pelancong asing. Sehubungan dengan itu, persembahan tarian dapat menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui seni dan budaya kita dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, pelibatan remaja dalam seni tari telah memperkenalkan kepelbagaian budaya Malaysia di persada antarabangsa. Seni tari bukan sekadar lenggok badan dan hiburan, bahkan sebagai paparan jati diri remaja untuk mempertahankan kebudayaan bangsa. PERKASA ILMU Cara menulis ringkasan 1. Kenal pasti kata kunci dalam arahan. 2. Kenal pasti isi penting dalam teks. 3. Tulis ringkasan dalam satu perenggan. 4. Gunakan penanda wacana. 5. Tulis jumlah patah perkataan di sebelah kanan dalam kurungan, di bawah ringkasan. 45 45Seni Bahasa Tasik Garu Nama Tasik Garu dahulunya Tasik Gaharu. AKTIVITI Menurut cerita, nama Tasik Gaharu berpunca 1. Nyatakan tema cerita ini. daripada keadaan tasik itu yang selalu 2. Nyatakan dua perwatakan Pak Uda. mengeluarkan asap. Asap itu pula berbau T sangat harum seperti bau gaharu. E M Penduduk kampung gemar menangkap A ikan di Tasik Gaharu. Ada pula yang berpantang untuk menangkap ikan di Tasik Gaharu. Jika mereka yang menuba, mereka tidak akan dapat menangkap ikan walau seekor pun. 4 Bagi keluarga Pak Uda, mereka tidak pernah berputus asa. Mereka selalu cuba menangkap banyak ikan walaupun dengan cara yang boleh merosakkan Tasik Gaharu. Pada suatu hari, Pak Uda telah pergi menemui seorang dukun yang terkenal dengan ilmu-ilmu mistik. Pak Uda diberikan seguni kemenyan. Kemenyan itu ditumbuk halus oleh Pak Uda. Adapun serbuk kemenyan itu ditabur di setiap sudut Tasik Gaharu. Tidak lama kemudian, berbagai-bagai jenis ikan mulai melompat naik ke daratan. Maka, bersoraklah Pak Uda melihat keadaan itu. Pada hari itu, Pak Uda berjaya membawa pulang berkarung-karung ikan. Sejak peristiwa itu, tiada seorang pun yang berani menangkap ikan di Tasik Gaharu. Sesiapa sahaja yang mencelupkan kaki atau tangan ke dalam Tasik Gaharu, pasti akan gatal-gatal di seluruh badannya. Penyakit gatal-gatal itu juga tidak dapat diubati. Keluarga Pak Uda juga telah diserang penyakit gatal-gatal. Penyakit berkenaan menyebabkan Pak Uda dan keluarganya tergaru-garu. Pak Uda menghidap penyakit itu hingga akhir hayatnya. Sejak itulah Tasik Gaharu bertukar menjadi Tasik Garu. Sumber Diubah suai daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia, Utusan Publications Sdn. Bhd., 1995 1. Jelaskan aktiviti manusia yang PERKASA ILMU menyebabkan kerosakan sumber alam sekitar. Tema ialah gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang mendasari suatu karya sastera 2. Bentangkan pandangan anda secara langsung atau tidak langsung. tentang penggunaan gaharu dalam kehidupan masyarakat Malaysia. 46 46 Bitara Permainan Tradisional Permainan tradisional merupakan cerminan seni budaya sesuatu bangsa. Permainan tradisional ini terdiri daripada AKTIVITI permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung 1. Kenal pasti ayat dasar biasanya menggunakan kawasan dalam rumah atau beranda daripada teks. manakala permainan laman menggunakan kawasan lapang 2. Bina ayat berdasarkan ataupun padang. T pola ayat inti. Terdapat beberapa jenis permainan laman seperti wau, E galah panjang, permainan gasing, kabadi, dan permainan guli. M Permainan anjung pula terdiri daripada batu seremban, congkak, dam haji, dan sebagainya. Permainan A laman memerlukan kawasan yang luas dan lapang. Hal ini dinyatakan demikian kerana pemain perlu bergerak dengan lincah dan aktif semasa bermain. 4 Permainan wau ialah permainan laman yang perlu dimainkan di padang. Pemain perlu bijak mencari arah angin supaya wau mereka dapat terbang tinggi. Aktiviti bermain wau merupakan aktiviti yang sihat kerana permainan ini juga dapat meningkatkan kecerdasan intelektual pemain. Permainan batu seremban ialah permainan anjung. Fokus pemain adalah pada batu yang dilambung ke udara. Pemain perlu cekap menyambut batu seremban yang dilambung agar tidak terjatuh. Selain itu, pemain mestilah bijak mengira jumlah batu seremban bagi memastikan markah yang diperoleh lebih banyak berbanding dengan pihak lawan. Jelaslah bahawa permainan tradisional merupakan permainan yang memberikan manfaat kepada pemain. Kita perlu memupuk minat generasi sekarang terhadap permainan tradisional. Hal ini menjadi demikian kerana permainan tradisional merupakan permainan warisan negara yang perlu dikekalkan. Di samping itu, permainan ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Sumber Diubah suai daripada Jabatan Warisan Negara PERKASA ILMU Ayat inti juga dikenali sebagai ayat dasar. Pola ayat inti ialah ayat dasar yang terdiri daripada subjek dan predikat. Terdapat empat pola ayat inti, iaitu Ayat Inti/Ayat Dasar Subjek Predikat Subjek Predikat Subjek Predikat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Frasa Sendi Nama FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS Ahmad doktor. Abangku sedang Petugas itu amat rajin. Pejabatnya di Kampung makan. Baharu. TEROKA MINDA Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil supaya permainan tradisional tidak pupus. 47 47Pengukuhan dan Pengayaan Estetika Seni Kraf IMBAS SAYA Program Satu Daerah Satu Industri SDSI AKTIVITI bertujuan untuk mengembangkan produk 1. Jelaskan kebaikan program Satu kraf tangan. Fokus program ini adalah untuk Daerah Satu Industri SDSI memelihara dan membangunkan industri kraf T kepada pengusaha kraf tangan negara. Langkah ini dapat meningkatkan pasaran E negara. barangan kraf tangan pada peringkat domestik M 2. Tulis satu karangan tentang dan luar negara. Yang berikut merupakan antara A langkah-langkah untuk memajukan hasil kraf tangan yang dijadikan produk untuk kraf tangan di tempat anda. 4 dikomersialkan dalam program SDSI. Seni logam Seni tekat Seni ukiran Seni tenunan 48 48Tema 5 JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN Di mana Bumi Dipijak di Situ Langit Dijunjung Warganegara berjasa mengharumkan nama negara Fokus Murid dapat memupuk jati diri dan semangat cinta akan negara. Murid menjalankan pelbagai aktiviti bahasa seperti berpantun, bersajak, dan berkomunikasi secara individu dan berkumpulan. 49Unit 9 Rakyat Berjasa Negara Terbilang Mendengar dan Bertutur Sapelele Merantau Jauh IMBAS SAYA Haliza berbincang dengan Saiful, ketua AKTIVITI T kumpulan sapelele sekolahnya tentang 1. Berbincang dengan rakan anda tentang E persediaan untuk membuat persembahan persediaan yang harus dilakukan sebelum M di Turki. membuat sesuatu persembahan di pentas. A 2. Tonton video persembahan sapelele dan Haliza Hai, Saiful! Apa khabar? berikan ulasan anda tentang persembahan dan 5 Saiful Khabar baik. Puan Ummi telah keunikan alat muzik tersebut. memaklumi saya bahawa kita akan mengadakan persembahan di Turki pada 25 Mei nanti. Puan Ummi juga menyuruh kita membuat latihan dengan segera. Haliza Wah, dapatlah kita ke Turki nanti! Saya tidak sabar hendak memberitahu anggota kumpulan kita. Mereka pasti gembira mendengar berita ini. Bilakah kita akan memulakan latihan itu? Saiful Kita boleh memulakan latihan pada minggu hadapan. Kamu juga perlu membantu saya menyusun jadual latihan yang sesuai kerana saya perlu menghadiri latihan hoki. Puan Ummi juga berpesan agar kita semua dapat hadir semasa sesi latihan. Haliza Boleh, Saiful. Apakah yang boleh saya bantu? Saiful Kamu bolehlah berjumpa dengan Puan Ummi untuk memilih lagu yang akan dipersembahkan nanti. Selain itu, tolong maklumi Theevakul agar beliau memeriksa alat muzik, iaitu sape dan gitar. Selepas itu, beliau juga perlu PERKASA ILMU memeriksa bunyi sape agar sesuai Sape ialah alat muzik tradisional masyarakat Orang dengan lagunya. Ulu di Baram, Miri, Sarawak yang dipercayai Haliza Baiklah, Saiful. Saya berharap kita dihasilkan sejak 300 tahun lalu. Sape terkenal dalam dapat membuat persembahan yang kalangan kaum Kayan dan Kenyah. terbaik di Turki nanti. Fizikal • Panjang 100 – 130 cm Saiful Ya. Terima kasih, Haliza. • Lebar 20 – 25 cm • Kedalaman ruang bunyi 10 cm • Tali dua hingga empat utas tali Jenis kayu • Adau, tebuloh, dan jelutung Jenis lagu • Titik Titik Kenai Ujan dan Urau Lalau Jenis ukiran • Patung tuntun, alat senjata, perisai, dan ukiran topeng Sumber Berita Harian, 28 September 2015 dan 50 50 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah 1957 – 1970 Bapa Kemerdekaan AKTIVITI 1. Lafazkan pantun dengan sebutan, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein intonasi, dan nada yang betul. 1970 – 1976 Bapa Pembangunan 2. Cipta serangkap pantun empat kerat, kemudian lakukan aktiviti berbalas pantun dengan rakan sekelas anda. Tun Hussein bin Dato’ Onn 1976 – 1981 T Bapa Perpaduan E Pantun Patriotik Tun Dr. Mahathir bin Mohamad M A 1981 – 2003 Sang jejaka berpencak silat, Bapa Pemodenan 5 Anak dara bergelang suasa; Negara merdeka negara berdaulat, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Hidup sejahtera aman sentosa. 2003 – 2009 Bapa Pembangunan Modal Insan Sungguh cantik Pulau Helang, Cantik berseni Pulau Langkawi; Rakyat patriotik pemimpin gemilang, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 2009 – kini Pasti harmoni bumi pertiwi. Bunga Cina dipetik puteri, PERKASA ILMU Bunga raya dalam jambangan; Ekonomi dijana serata negeri, Pantun dapat digunakan untuk “berjual beli”, iaitu Adat budaya dilupa jangan. seseorang akan menggunakan pantun untuk menyoal menjual sambil dijawab dibeli oleh individu Pergi ke Klang membeli gebar, lain. Tradisi berbalas pantun ini telah diamalkan Gebar Cik Wan di Pekan Sabtu; sejak dahulu lagi dalam adat istiadat perkahwinan Jalur gemilang megah berkibar, masyarakat Melayu. Contoh pantun jual dan pantun Lambang perpaduan rakyat bersatu. beli adalah seperti yang berikut Tanjung Tuan dilupa jangan, Pantun jual Tempat helang bersarang rendah; Kembang setaman gadung kasturi, Jasamu tuan tiada tandingan, Tumbuh meranti di pinggir ara; Warga dijulang nusa diperindah. Wahai tuan yang bijak bestari, Apakah bakti kepada negara? Ummi Solehah, 2016 Pantun beli Burung unta nampak cantik, TEROKA MINDA Burung undan atas dahan; Huraikan pendapat anda tentang warga Negara tercinta rakyat patriotik, Malaysia yang telah mencipta nama Jiwa dan raga jadi taruhan. pada peringkat antarabangsa. 51 51Menulis Kem Waja Diri AKTIVITI Tulis cerita tentang aktiviti perkhemahan. T E M A 5 Jadual Aktiviti Kem Waja Diri HARI/TARIKH MASA AKTIVITI SELASA 800 – 830 pagi Sarapan Hari Pertama 830 – 930 pagi Sesi taklimat 930 pagi – 1230 tengah hari Bengkel motivasi 1230 tengah hari – 200 petang Rehat dan makan tengah hari 200 – 430 petang Aktiviti flying fox 430 petang – 800 malam Rehat, minum petang, dan makan malam 800 – 1000 malam Operasi Burung Hantu RABU 730 – 830 pagi Sarapan Hari Kedua 830 – 930 pagi Senamrobik 930 pagi – 1230 tengah hari Pertandingan memasak tanpa api 1230 tengah hari – 200 petang Rehat dan makan tengah hari 200 – 530 petang Meredah hutan 530 petang – 800 malam Rehat, minum petang, dan makan malam 800 – 1000 malam Malam kebudayaan KHAMIS 800 – 830 pagi Sarapan Hari Ketiga 830 – 930 pagi Sukaneka 1000 pagi Bertolak pulang 52 52Seni Bahasa AKTIVITI 1. Deklamasikan sajak dengan gaya, intonasi, dan Bahtera Nusa Bangsa nada yang betul. 2. Huraikan bentuk dan maksud sajak, kemudian Kertas jati diri dan maruah cinta berikan maksud yang tersurat dan tersirat. untuk aku cipta 3. Nyatakan tema dan persoalan sajak. bahtera merdeka T bahtera nusa E sebelum kulepaskan belayar M PERKASA ILMU A di lautan luas cabaran di lautan dalam dugaan. 5 Bilangan rangkap dalam sajak. Izinkan bahtera nusa belayar di lautan duga Bilangan baris bagi setiap rangkap sajak. belayar di samudera lumba ayuh, kita panjatkan doa bersama nakhoda bijaksana Jumlah perkataan bagi setiap baris. anak-anak bahtera Contoh setia perkasa. Mentari terus menyinar Bentuk Jumlah perkataannya ialah tiga. Bahtera itu Sajak bahtera merdeka Jumlah suku kata bagi setiap baris bahtera itu Contoh bahtera berdaulat Men/ ta/ ri te/rus me/nyi/nar bahtera itu Bilangan suku kata ialah lapan. bahtera nusa bangsa bahtera cinta bahagia gah megah berlabuh Rima akhir bagi setiap rangkap sajak. di pulau impian Contoh Mentari terus menyinar di pelabuhan wawasan! biar luluh hati ini masih tersenyum tiada duka walau terluka hanya Tuhan yang tahu. • Rima akhir rangkap sajak ini ialah a,b,c,c,d. • Sajak ini berbentuk bebas Chai Loon Guan, 2015 atau tidak terikat. 53 53Tatabahasa IMBAS SAYA Ilmuwan Sains AKTIVITI Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad 1. Kenal pasti frasa nama dalam Yusoff telah dinobatkan sebagai seorang daripada teks dan bina ayat. 20 orang tokoh wanita Islam paling berpengaruh 2. Hasilkan dialog temu bual dalam bidang penyelidikan sains. Kejayaan tokoh berdasarkan teks dan lakonkan. T yang dilahirkan pada 12 Julai 1956 di Pulau Pinang E ini telah menyemarakkan kembali kemajuan dan M budaya sains dalam dunia Islam. A Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda 5 Mikrobiologi dari Universiti La Trobe, Australia, pada tahun 1979. Pada tahun 1983, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Kedoktoran di universiti yang sama. Kini, beliau berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul di Universiti Putra Malaysia. Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah juga telah memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara. Sebagai contohnya, Anugerah Carlos J. Finlay bagi Mikrobiologi oleh UNESCO pada tahun 2005 dan Anugerah Pencapaian Pendidikan Australia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan antara Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti penerima Anugerah Merdeka pada tahun 2015. Mohamad Yusoff menerima Anugerah Beliau menerima anugerah ini atas kejayaannya Merdeka 2015 daripada Pengerusi Lembaga melakukan penyelidikan tentang mikrobiologi dan Pemegang Amanah Anugerah Merdeka. virologi. Di samping itu, beliau turut menjalankan diagnosis virus berjangkit yang boleh membawa maut dalam ternakan unggas. Beliau juga turut cemerlang dalam penyelidikan tentang potensi virus memerangi sel kanser. Beliau sangat menggalakkan pembabitan kaum wanita dalam bidang bioteknologi. Sumbangan beliau dalam dunia penyelidikan telah menjulang namanya sebagai tokoh penyelidik wanita Islam sedunia. Kegigihan beliau menghasilkan penemuan penyelidikan yang memberikan impak kepada kehidupan sejagat wajar dicontohi oleh generasi masa ini. Sumber PERKASA ILMU TEROKA MINDA Terangkan tindakan yang perlu Frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya anda ambil untuk menjadi tokoh terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau yang tersohor. kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. 54 54Unit 10 Jasamu Pemimpin Mendengar dan Bertutur AKTIVITI 1. Jelaskan makna perkataan yang berwarna merah dalam penyataan tokoh di bawah. T 2. Harimau mati meninggalkan belang, manusia E mati meninggalkan nama. Terangkan maksud M peribahasa ini, kemudian bina ayat yang sesuai. A 5 “Mulai 31 Ogos 1957, kita akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya”. PERKASA ILMU Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama 1957–1970. Kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan antara pencapaian dan sumbangan beliau yang terunggul. Beliau dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”. 55 55Membaca Kuching Kota Budaya AKTIVITI Kuching ialah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Cari maksud perkataan yang Bandaraya Kuching juga dikenali sebagai bandar berwarna merah dalam masyarakat berbudaya. Terdapat pelbagai suku kaum petikan di bawah dengan di Kuching seperti Melayu, Cina, Bidayuh, Iban, Orang merujuk kamus dan glosari. Ulu, dan Melanau. Asal usul nama Kuching diambil T daripada nama haiwan, iaitu kucing. E Seorang daripada tokoh yang terkenal di Kuching ialah Datuk Hakim Imam Abang Haji M A Mursyidi bin Abang Haji Nuruddin bin Datuk Bandar Bolhasan. Beliau merupakan tokoh pentadbir Islam di Sarawak yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan. 5 Terdapat pelbagai barang kraf tangan yang menarik dan unik di Kuching seperti tikar rotan, kain pua, manik, tembikar, pasu, dan topeng. Kraf tangan yang istimewa ini merupakan hasil kerja tangan suku kaum tempatan. Ciri-ciri kesenian tradisional yang halus dan menarik ini tetap kekal zaman-berzaman dalam masyarakat Sarawak. Bagi pelancong yang ingin melihat kepelbagaian budaya Sarawak dengan lebih dekat, Kampung Budaya Sarawak wajar dikunjungi. Kampung Budaya dibina untuk melindungi dan mengekalkan warisan budaya Sarawak. Selain itu, Kuching juga terkenal dengan aneka makanan yang istimewa seperti ikan terubuk masin, umai, laksa Sarawak, dan kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak sangat istimewa kerana pembuatannya yang renyah. Lapisan kek lapis Sarawak yang berwarna-warni mempunyai pelbagai rasa yang sentiasa menarik perhatian pelancong. Dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang terdapat di Kuching, maka tidak hairanlah jika bandar raya ini menjadi antara destinasi pilihan utama pelancong di Malaysia. TEROKA MINDA Jelaskan keunikan dan keistimewaan barangan kraf tangan di negeri anda. 56 56 Aku Anak Malaysia AKTIVITI Burhan berlari pantas ke kantin sekolah. Kabarnya Cikgu Betulkan kesalahan ejaan dan Harun akan memilih wakil ujian pra kelayakan pertandingan tanda baca dalam bahan. dwi tahunan badminton peringkat daerah Gombak hari ini. Sungguh teruja Burhan mendengar berita pertandingan badminton itu. Hatinya berkata pasti aku akan terpilih. Pehak sekolah akan membuat ujian pemilihan esok. Cikgu, adakah pemenang daerah akan T E mewakili negeri Selangor? Burhan ingin tahu. “Ya, Burhan mereka yang terpilih akan dibawa M ke peringkat daerah dahulu, sebelum ke peringkat negeri dan ke peringkat kebangsaan,” A jelas Cikgu Harun. Burhan menghampiri Cikgu Harun. Borang pertandingan badminton itu digengam erat. “Jangan lupa petang ini kita ada latihan badminton seperti biasa,” pesan 5 Cikgu Harun. Burhan mengangukkan kepalanya tanda setuju dan pasti. Melody lagu Fikirkan Boleh’ masih terngiang giang di telinganya. “Wah, Burhan bersemangat betul kamu, cikgu yakin kamu boleh!” ujar Cikgu Harun. “Baiklah cikgu” jawab Burhan sambil tersenyum. Tiba-tiba bahunya ditepuk. “Tahniah, Burhan, kamu memang juara. Pasti ibubapa kamu gembira mendengar berita ini.” Terhenti lamunan Burhan seketika. “Terima kasih, Ravi. Kamu pun hebat juga.” Burhan tersenyum gembira. Kejayaannya menewaskan pasokan lawan sukar digambarkan. Namun, itulah hakikatnya, Piala Badminton Dunia itu kini milik Malaysia. Dia ingin pulang segera untuk berkongsi kejayaan dengan keluarga. TEROKA MINDA Jalankan kerja lapangan untuk mengesan kesalahan ejaan dan membetulkan tanda baca pada papan tanda atau papan iklan di tempat tinggal anda. 57 57Seni Bahasa Doa dan Harapan Buatmu AKTIVITI Jawab soalan pemahaman berikut T 1. Apakah yang dimaksudkan E dengan frasa merobek M keamananmu? A 2. Huraikan langkah-langkah 5 untuk mengekalkan keamanan negara. 3. Apakah kepentingan menangkis anasir-anasir luar? Kemukakan pendapat anda. Malaysia Tercinta Malaysia negaraku tercinta sudah jauh derap langkahmu merempuh putaran waktu merintis cabaran baharu. Malaysia negaraku tercinta kudoakan engkau terus gagah menangkis anasir-anasir luar saban waktu berusaha merobek keamananmu. Ayuh, sahabat kita teguhkan perpaduan kita satukan hati dan jiwa kita tekadkan azam mendaulatkan negara kita Sumber Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia buat selama-lamanya. Alias Derais Cipta satu sajak dengan menggunakan gaya bahasa pengulangan kata dan singkatan kata. 58 58Tatabahasa Anugerah Merdeka 2015 AKTIVITI Senaraikan kata nama am, kata nama khas tunggal, Tan Sri Dr. Jemilah binti dan kata nama khas yang dimajmukkan dengan Mahmood, Pengasas Mercy Malaysia. menggunakan peta pokok. T E KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Pembabitan beberapa orang M tokoh negara dalam misi kemanusiaan dan penyelidikan sains A di peringkat antarabangsa telah diiktiraf dengan pemberian 5 anugerah khas Hari Kemerdekaan Negara, iaitu Anugerah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Merdeka 2015. Majlis pengumuman penerima anugerah itu Penasihat Sains Perdana telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Menteri. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Prof. Emeritus Dato’ Muhibbuddin Shah al-Maghfur-lah, Pengerusi Lembaga Dr. Abdul Latiff Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, di Menara Berkembar bin Mohamad, Felo Petronas, Kuala Lumpur. Penyelidik Ekologi dan Biodiversiti, Universiti Setiap pemenang menerima hadiah piala, lukisan yang Kebangsaan Malaysia. dihasilkan oleh Abdul Latiff bin Hj. Mohidin, dan wang tunai sebanyak RM500 Enam orang tokoh telah menerima anugerah berprestij ini. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood telah dipilih dalam kategori Pendidikan dan Komuniti berasaskan sumbangannya sebagai pengasas Mercy Malaysia. Selain beliau, lima orang individu lagi yang menerima Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah anugerah berprestij ini ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr. binti Mohamad Yusoff, Zakri bin Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Pakar Mikrobiologi, Biologi Menteri, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff bin Molekul, dan Bioteknologi, Mohamad, Felo Penyelidik Ekologi dan Biodiversiti Universiti Putra Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, dan Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff, Pakar Prof. Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim, Mikrobiologi, Biologi Molekul, dan Bioteknologi Universiti Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair, Putra Malaysia UPM. Turut menerima anugerah tersebut Universiti Malaya. ialah pengasas dan Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair Universiti Malaya UM, Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin PERKASA ILMU Hashim. Selain tokoh tempatan, tokoh luar negara, iaitu Naib Presiden Pusat Perlindungan Hidupan Liar di New York, Dr. Anugerah Merdeka ialah Elizabeth Lesley Bennett, turut menerima anugerah ini. anugerah berprestij yang Penerima Anugerah Merdeka ini merupakan tokoh dan mengiktiraf sumbangan contoh kepada rakyat Malaysia yang cinta akan negara. Bakti cemerlang individu dan dan jasa mereka amat membanggakan kita semua. organisasi di negara ini sejak tahun 2007. Sumber Diubah suai daripada Berita Harian, 2 Oktober 2015 59 59Bacaan Luas Wira SMART Sedia Membantu Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team SMART ialah Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia. Susulan daripada tragedi keruntuhan Highland Tower, Hulu Kelang pada 11 Disember 1993, Keputusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara MKN. Kini, SMART diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Jabatan Perdana Menteri. Markas T SMART terletak di Pulau Meranti, Kajang, Selangor. Misi SMART adalah untuk melaksanakan E operasi menyelamat dalam malapetaka dan bencana alam yang lazimnya di luar kemampuan M pasukan penyelamat sedia ada. A Tugas pasukan SMART sangat mencabar dan berbahaya. Mereka mestilah sentiasa peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di lokasi yang dilanda 5 musibah. Mereka juga bekerja tanpa mengira masa untuk memberikan bantuan perubatan dan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana. Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM, Polis Diraja Malaysia PDRM, dan Angkatan Tentera Malaysia ATM yang berkelayakan. Mereka mempunyai kepakaran masing-masing. Syarat untuk menyertai pasukan SMART ini sangat ketat. Peserta perlu menjalani pelbagai ujian dan saringan. Peserta juga mesti mengikuti kursus khas yang ditetapkan dalam masa tujuh minggu. Sebagai contohnya, Kursus SMART dan Kursus Renang Peringkat Gangsa. Antara misi menyelamat yang telah disertai oleh pasukan SMART adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah Tahun Misi Mencari dan Menyelamat 2004 Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia. 2005 Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi di Muzaffarabad, Pakistan. 2013 Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Taufan Haiyan Yolanda, Filipina. 2014 Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Pesawat MH17 di Kiev, Ukraine. 2015 Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi di Kathmandu, Nepal. Sumber Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, 2016 60 60Tema 6 SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Berilmu Sedalam Lautan, Berfikir Seluas Cakerawala Teknologi menyejahterakan manusia Fokus Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi untuk menghasilkan suatu inovasi. Murid mendapat maklumat tentang proses pembenihan awan dan kaedah pembelian barang secara dalam talian, melaksanakan uji kaji, menulis cerita berdasarkan papan cerita pembikinan animasi 3D, dan menulis fiksyen sains. Selain itu, murid turut menambah pengetahuan tentang perbandingan semacam, mengesan makna perkataan, dan mengenal pasti kata pembenar dan kata pangkal ayat. 61 61 61Unit 11Sinar Masa Depan IMBAS SAYA Mendengar dan Bertutur Turunlah Hujan AKTIVITI Lakonkan temu bual dengan menggunakan Pembenihan awan ialah proses mempercepat T soalan bertumpu berdasarkan bahan. pembentukan hujan supaya dalam situasi E tertentu seperti pada musim kemarau dan M kebakaran hutan, hujan turun di kawasan yang disasarkan. Pembenihan awan dilakukan oleh A Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Terdapat dua 6 kaedah pembenihan awan, iaitu kaedah basah dan kaedah kering. Proses pembenihan awan dimulakan dengan mengesan lokasi pembentukan awan kumulus menara dan kandungan wap air yang berpotensi menghasilkan hujan. 1 2 • Penyediaan larutan garam 200 kilogram garam bagi • Tangki-tangki berisi larutan garam dimasukkan setiap 1500 liter air. ke dalam pesawat udara. 3 4 • Larutan garam disembur ke dalam awan pada altitud • Larutan garam bertindak balas dengan wap air ketinggian 1500 meter hingga 2500 meter dari di dalam awan. permukaan bumi. • Hujan turun. Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi PERKASA ILMU Soalan bertumpu ialah soalan yang memerlukan jawapan daripada teks untuk menilai pengetahuan dan kefahaman murid. Jawapan kepada soalan diperoleh daripada fakta yang terdapat dalam teks bacaan. 62 62Membaca Kuasa Kentang Bahan-bahan yang diperlukan • 5 biji kentang AKTIVITI • 5 batang paku bersaiz 1 inci 1. Baca dan fahami maklumat • 5 keping duit syiling 1 sen daripada arahan. • 5 utas wayar elektrik 2. Jalankan uji kaji berdasarkan berwarna merah T arahan. • 1 utas wayar elektrik E berwarna hitam M • 12 klip buaya A • Lampu light-emitting diode LED voltan 6 Langkah pertama • Kertas pasir Gosokkan semua paku dan duit syiling dengan kertas pasir. Kemudian, cucukkan sekeping duit syiling dan TEROKA MINDA sebatang paku pada Aplikasi uji kaji yang sama setiap kentang. pada buah lemon. Langkah kedua Kepitkan klip buaya pada setiap hujung wayar. Kemudian, sambungkan klip buaya itu pada paku dan duit syiling. Pastikan klip buaya pada wayar hitam dicantumkan pada paku untuk mendapatkan cas negatif -, untuk disambungkan pada lampu LED. PERKASA ILMU Langkah ketiga Klip buaya pada wayar Amalan makan kentang yang dimasak tanpa merah hendaklah dibuang kulitnya dapat merendahkan tahap dikepitkan pada anod kolesterol di dalam badan, menurunkan positif + lampu LED. tekanan darah tinggi, mengatasi radang Pastikan klip buaya usus dan stres, menghindarkan serangan yang ada pada wayar radikal bebas, dan meningkatkan daya hitam dikepitkan pada tahan tubuh daripada serangan penyakit. katod negatif - lampu LED. Sumber 63 63Menulis Pembikinan Animasi 3D Cikgu Noriya memberikan tugasan projek pembinaan animasi AKTIVITI kepada murid-muridnya. Kumpulan Musytari yang dianggotai Hasilkan cerita Acik dan oleh Ai Lin dan Rasila telah memilih animasi 3D. Demok. T E Cara 1 Buat Skrip Cerita. M A Cara 2 Buat Karakter. Remaja lelaki, 6 memakai Kucing, pakaian sut berbulu putih, Cara 3 Bina Papan Cerita. makmal bermata biru Sekiranya anda ialah ahli animasi, apakah bidang yang sesuai untuk anda aplikasikan penggunaan animasi? Berikan alasan anda. ADEGAN KETERANGAN ANIMASI AUDIO 1 Paparan syot dekat close up • Paparan Acik dengan Demok yang • Muzik latar perlahan panel Acik dan Demok. berbulu putih dan bermata biru. • Kesan bunyi kucing mengiau 2 Acik sedang memegang • Paparkan Acik memegang tonik • Muzik latar perlahan sampel tonik herba. herba di dalam makmal. • Bunyi pintu terkuak • Daun pintu terbuka sedikit. • Demok masuk ke dalam makmal. 3 Panel menunjukkan sampel air • Paparkan Demok melompat ke atas • Muzik latar perlahan tonik terlepas daripada tangan meja. • Bunyi kaca pecah Acik kerana Demok naik • Acik terkejut. ke atas meja makmal. • Bikar sampel terlepas daripada tangan Acik. 4 Demok menuju ke arah • Syot dekat Demok menjilat-jilat • Muzik latar perlahan tumpahan air tonik. tumpahan tonik. 5 Fizikal Demok beransur-ansur • Syot jauh long shot menunjukkan • Muzik latar perlahan menjadi besar. Acik menghalau Demok dari meja • Muzik latar saspens makmal. • Aksi menunjukkan Demok berubah sedikit demi sedikit menjadi besar di atas lantai. 64 64Seni Bahasa ROCIM Robot Ciptaanku Pertandingan mencipta robot hanya tinggal tiga hari lagi. AKTIVITI Sudah hampir sebulan aku cuba menggerakkan robot Kenal pasti perbandingan ciptaanku ini tetapi hampa. Kekecewaan ini membuatkan semacam. aku menjadi malas seperti keldai, malas untuk meneruskan usahaku selama ini. Hari ini aku sudah bertekad. Aku mesti T meneruskan usahaku ini. Aku tidak mahu gagal di tengah E jalan. Robot ciptaan yang aku namakan ROCIM ini mesti boleh bergerak M hari ini. Ya, hari ini! Bukan esok atau lusa! A Aku memasukkan sejenis cecair yang dicipta khas ke dalam badan ROCIM. ROCIM masih tidak bergerak walaupun sudah 6 hampir setengah jam aku menunggu reaksinya. 45 minit kemudian, tiba-tiba mata ROCIM mula berputar ligat seperti gasing. Aku menjerit gembira, gembira yang tidak terhingga. Robotku yang besar macam gajah itu sudah menunjukkan reaksi untuk bergerak. Kini, kakinya pula mula diangkat. ROCIM mula bergerak perlahan-lahan. Binaan badan ROCIM yang berat macam batu itu membuat ROCIM bergerak perlahan dan lambat seperti siput. Aku ketawa sendirian melihat gelagat ROCIM. Pada dada ROCIM aku letakkan sekeping kaca tahan lasak yang jernih seperti cermin. Di situlah terpancarnya cahaya yang mengeluarkan abjad untuk aku berkomunikasi dengan ROCIM. ROCIM mula mengeluarkan kata-kata di dadanya. Aku gembira tidak terkata. Robot ciptaanku yang gagah seperti gergasi ini mesti memenangi hadiah utama dalam pertandingan mencipta robot pada tahun ini. Aku mesti menang! Aku mesti! TEROKA MINDA Robot memudahkan urusan seharian manusia. Jelaskan kepentingan penggunaan robot dalam kehidupan manusia. Setujukah anda jika robot menggantikan peranan manusia dalam bidang perubatan, ketenteraan, dan perindustrian? Huraikan pendapat anda. 65 65Tatabahasa Deruman di Litar Awal pagi lagi, Fateh dan Rafiq telah bertolak ke Litar Formula AKTIVITI Satu Sepang. Mereka berasa teruja. Fateh memakai baju-T Senaraikan kata adjektif merah manakala Rafiq berkemeja hitam. Mereka seronok warna, bentuk, perasaan, kerana bakal menyaksikan perlumbaan kereta Formula dan waktu. Satu. Mereka gembira kerana mendapat tempat duduk yang T E strategik. Mereka dapat melihat litar yang bengkang-bengkok, M melengkung dan lurus. Kedengaran pengumuman menyatakan bahawa perlumbaan akan A dilewatkan. Mereka kecewa seketika. 6 Semua kereta Formula Satu telah berada di litar. Sinaran matahari semakin terik. Apabila isyarat perlumbaan dibunyikan, pemandu kereta pantas mengejar kereta lawan. Persaingan antara setiap pelumba juga sangat sengit. Fateh terpegun melihat sebuah kereta keluaran baharu dipandu oleh pemandu terkenal. Badan kereta itu berkilat dan sungguh menakjubkan. Kereta hijau yang berbentuk aerodinamik itu kelihatan begitu bergaya di atas litar. Fateh dan Rafiq kagum melihat gandar kereta Formula Satu yang kukuh dan kuat. Fateh pernah membaca sebuah buku yang menyatakan bahawa kerangka utama kereta Formula Satu diperbuat daripada gentian karbon supaya tahan lasak. Maka itu, tidak hairanlah jika kereta Formula Satu mampu memecut sepuluh kali lebih pantas daripada kereta biasa. Fateh dan Rafiq menyaksikan perlumbaan itu sehingga tamat. Walaupun berpeluh-peluh kepanasan, namun mereka sangat puas kerana dapat menyaksikan perlumbaan kereta Formula Satu yang hebat. PERKASA ILMU TEROKA MINDA Lukis reka bentuk kereta idaman Antara Litar Formula Satu terbaik di dunia ialah anda pada masa hadapan. 1. Grand Prix Australia – Melbourne Grand Prix Circuit, Melbourne. 2. Grand Prix Itali – Autodromo Nazionale Monza, Monza. Setujukah anda bahawa 3. Grand Prix Monaco – Circuit de Monaco, Monte penganjuran perlumbaan kereta Carlo. Formula Satu memberikan kesan 4. Grand Prix Malaysia – Sepang International positif kepada negara? Berikan Circuit, Kuala Lumpur. pendapat anda. Sumber 66 12 Sains Merentas Kehidupan Mendengar dan Bertutur Mudah Berbelanja AKTIVITI Jelaskan cara membuat Rasila menyatakan hasratnya kepada Ai Ling untuk T pembelian buku dalam membeli buku dalam talian kerana buku yang dikehendaki E talian. tidak terdapat di Kedai Buku Mesra. Lantaran itu, Ai Ling M menerangkan proses pembelian buku tersebut dalam talian. A 6 Pembelian dalam Talian Klik pada http// Pilih kategori buku Pilih jenis Klik pada buku yang buku hendak dibeli Sahkan buku Isikan maklumat yang dipilih dan alamat TEROKA MINDA Sahkan Buat Cari maklumat tambahan tentang maklumat pembayaran capaian pembelian barangan lain dalam talian. PERKASA ILMU Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia TTPM ialah badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini ditubuhkan bagi menyediakan saluran kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi bagi pembelian barangan yang rosak atau perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga atau pembekal tidak memuaskan. Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 67 67Membaca Inovasi Pak Pak Bum Bum Encik Suman bin Ahmad ialah individu yang kreatif kerana AKTIVITI menghasilkan pelbagai ciptaan daripada bahan terbuang Fahami teks dan jawab soalan seperti model helikopter dan kapal terbang di luar halaman pemahaman yang berikut rumahnya. Hal ini telah mendorong Yayasan Inovasi 1. Berikan maksud rangkai Malaysia YIM membuat kajian untuk mengetahui proses T kata bahan terbuang. penghasilan barangan tersebut dengan lebih lanjut. E 2. Apakah manfaat filem Kreativiti beliau telah menarik perhatian YIM, lebih-lebih M X-ray dalam pembuatan lagi apabila mengetahui bahawa Encik Suman merupakan A kompang? inovator kompang. Encik Suman mendapat ilham untuk 6 mencipta kompang X-ray oleh sebab ingin membantu persatuan kompang di kampung beliau membaik pulih kompang yang rosak. Beliau memperoleh filem X-ray kerana sering ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Percubaan beliau memasang filem X-ray pada kompang ternyata membuahkan hasil. Usaha Encik Suman telah berjaya dan diiktiraf oleh YIM pada tahun 2012. Sehingga kini, permintaan terhadap kompang X-ray beliau semakin meningkat. Beliau turut menerima tempahan daripada peminat kompang di Australia. Hal ini berlaku demikian kerana filem X-ray sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca. Tambahan pula, kompang yang menggunakan filem X-ray tidak perlu dikeringkan apabila terkena air atau disedak dengan rotan apabila telah kendur. Kompang ini merupakan inovasi untuk mengitar semula filem-filem X-ray yang sebelum ini dibuang oleh para pesakit selepas dianalisis oleh doktor. Kompang X-ray juga boleh dianggap sebagai inovasi yang bersifat mesra alam. Temu bual dengan Encik Suman bin Ahmad, 16 April 2016 1. Jelaskan kepentingan penghasilan inovasi dalam kehidupan manusia. 2. Cipta barangan baharu daripada bahan kitar semula. PERKASA ILMU Inovasi ialah sesuatu yang baharu diperkenalkan atau dicipta seperti alat, kaedah, sistem, dan mesin. Mesin Computer Numerical Control CNC merupakan satu daripada inovasi baharu di Malaysia. Mesin CNC ialah mesin pemotong besi yang diprogramkan dengan komputer. Mesin ciptaan anak tempatan ini mampu dimiliki oleh syarikat perniagaan kecil kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga mesin CNC import. Sumber Yayasan Inovasi Malaysia 68 AKTIVITI Jelaskan makna perkataan yang Bebas daripada Kaca Mata berwarna merah dengan merujuk kamus. Nazrah telah mendapatkan maklumat tentang Laser-Assisted In Situ Keratomileusis LASIK. Pembedahan LASIK dilakukan oleh pakar oftalmologi dengan menggunakan laser. Pembedahan ini bertujuan untuk membetulkan penglihatan ralat pembiasan, iaitu rabun jauh, rabun dekat, dan astigmatisme. T Membentuk lapisan nipis kornea. E M A 6 Permukaan kelengkapan kornea diubah bentuk dengan sinaran laser. Lapisan nipis kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan. TEROKA MINDA LASIK sesuai Ketebalan kanta mata berubah apabila dilakukan kepada melihat objek yang dekat atau jauh. pesakit yang rabun Mengapakah perkara ini berlaku? IMBAS SAYA LASIK tidak boleh dalam lingkungan dilakukan kepada pesakit usia 20 tahun hingga PERKASA ILMU berusia di bawah 20 tahun 67 tahun. kerana masih dalam Kecacatan penglihatan yang lazim proses tumbesaran. 1. Rabun tua presbiopia – Objek dekat kelihatan kabur oleh sebab kanta mata kurang kenyal atas faktor usia. Penghidap 2. Rabun dekat hiperopia – Objek jauh diabetes dan kelihatan jelas tetapi objek dekat kelihatan darah tinggi boleh Rawatan kabur. membuat rawatan LASIK 3. Rabun jauh miopia – Objek dekat kelihatan LASIK jika retina jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur. masih sihat. 4. Astigmatism – Kedua-dua objek yang dekat dan jauh kelihatan kabur. 5. Rabun warna – Biasanya tidak dapat Wanita hamil atau LASIK yang menyusukan membezakan warna merah dengan hijau, anak tidak boleh bergantung biru dengan kuning. melakukan LASIK pada ukuran Sumber kerana perubahan ketebalan download/nota/kenali%20mata% hormon. kornea. 69 69Seni Bahasa Ojan dan Oxzar Cuaca hari itu sungguh cerah. Keinginan Ojan untuk AKTIVITI menaiki belon panas tertunai. Ojan berasa gembira. Ojan Tulis karya fiksyen dengan melihat petugas membakar gas agar udara memuai. Udara mengaplikasikan kerangka di dalam belon ditolak keluar apabila belon dipanaskan. T penulisan di bawah. Ojan pun dibenarkan memasuki keranjang bakul. Tidak E lama selepas Ojan berada di dalam keranjang bakul, belon M panas mula bergerak meninggalkan permukaan tanah. A 6 – Keranjang bakul bergegar – Ditarik oleh satu objek besar – Tarikan itu sungguh laju – Dibawa ke suatu daerah yang asing – Berada di tempat yang asing – Burung memperkenalkan diri sebagai Oxzar – Ojan diberi ubat agar dapat bernafas di Planet Nuto, tempat tinggal Oxzar – Ojan berasa susah hati kerana tidak tahu akan cara pulang ke bumi – Oxzar membawa Ojan ke Benua Axi – Diserang oleh Doizer, sejenis raksasa yang ganas – Oxzar menyelamatkan Ojan – Oxzar menghantar Ojan kembali ke bumi 70 Penyelaman Raja Rawa Alkisah bermula dengan Raja Rawa yang memiliki AKTIVITI kerajaan yang mewah dan terkaya di benua itu. Istana 1. Cari kata pembenar dan kata baginda diperbuat daripada emas bertatahkan berlian pangkal ayat. dan zamrud. Syahadan, sedang baginda duduk-duduk 2. Raja Rawa menggunakan sambil memerhati alunan ombak, maka terlintas dalam T teropong yang terdapat pada fikiran baginda mahu meneroka samudera pula. E Lancang Jita. Bincangkan “Daripada beta memikirkan saja kehidupan di dalam M kepentingan teropong kepada samudera, ada baiknya beta turun melihat sendiri kerajaan A sesebuah kapal selam. di sana,” titah Raja Rawa kepada mamandanya. “Benar, tuanku. Patik akan menghimpunkan semua 6 cendekiawan negara kita supaya membina pesawat untuk tuanku ke sana,” sembah mamanda Raja Rawa. Kalakian, pertandingan membina pesawat yang boleh menyelam ke dasar laut telah diadakan. Sebermula itu, ramailah cerdik pandai membina bermacam-macam bentuk kapal selam. Hatta, sampai masa pemilihan kapal selam, baginda telah memilih kapal yang diberi nama Lancang Jita. “Adakah ini binaan kaca?” tanya baginda kepada pemilik Lancang Jita. “Ya, tuanku. Lancang Jita boleh menyelam apabila kapal diisi air dan timbul apabila air dikeluarkan daripada tangkinya. Udara dipam masuk dari luar bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawah air. Adapun kapal ini berbentuk ikan bagi memudahkan pergerakan.” “Adakah binaan ini membolehkan beta melihat pemandangan di bawah air? “Ya, boleh, tuanku,” sembah tukang Lancang Jita. Raja Rawa memberikan anugerah yang banyak kerana kagum akan ciptaan tukang Lancang Jita. Kalakian, Lancang Jita baginda mula menyelam ke dasar laut. Dalam perjalanan, baginda melihat banyak perkara indah. Terumbu karang dan hidupan laut yang melambai-lambai itu memukau penglihatan baginda. Syahadan, Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat pemandangan yang lebih jauh. Kagum benar baginda melihatnya. Lancang Jita memang hebat, dapat bergerak secara senyap dan mudah dikemudikan. Baginda benar-benar gembira. Adaptasi Sulalatus Salatin, 2015 PERKASA ILMU Kata pembenar Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Kata pangkal ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, syahadan, adapun, kalakian, sebermula, alkisah, dan arakian. 71Pengukuhan dan Pengayaan Peranti Akustik AKTIVITI Demam denggi ialah penyakit jangkitan virus yang Baca teks dan cari makna perkataan merebak melalui gigitan nyamuk aedes betina. yang berwarna merah. Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa dan demam denggi berdarah. Profesor Dr. Uda bin Hashim telah menjalankan kajian yang memperkenalkan Alat Pengesan T Aedes Betina. Alat ini dicipta untuk mengesan nyamuk aedes betina yang menyebabkan demam E M denggi dan virus Zika. Bagaimanakah alat ini berfungsi di dalam rumah? A • Pasang alat pengesan nyamuk aedes di ruang tamu, bilik tidur, dan dapur. 6 • Alat ini berfungsi untuk mengesan kehadiran nyamuk aedes betina secara gelombang akustik. • Lampu light-emitting diode LED pada alat pengesan atau peranti akan menyala apabila nyamuk aedes betina dapat dikesan. Kemudian, aerosol yang disambungkan kepada alat peranti akan mengeluarkan semburan. • Semburan aerosol secara automatik bertujuan untuk membunuh nyamuk aedes. TEROKA MINDA 1. Huraikan cara pengawalan vektor nyamuk untuk mencegah jangkitan. Alat Pengesan Aedes Betina 2. Amar merupakan pesakit demam denggi berdarah yang sedang diberikan rawatan. Apakah rawatan yang boleh diberi kepada Amar? Pemprosesan dalaman Alat pengesan Pengesan Alat pengesan Pengesan luaran Pangkalan data luaran Alat Alat Alat Alat pengesan pengesan pengesan pengesan PERKASA ILMU Demam denggi berpunca daripada empat jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk aedes yang telah dijangkiti, iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3, dan DEN-4. Semua nyamuk aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk aedes aegypti. Vektor lain virus denggi ialah nyamuk aedes albopictus yang membiak di kawasan bandar. Sumber 72Tema 7 TEKNOLOGI AMALAN HIJAU Tanam Cempedak, Tumbuh Nangka Peranan sekolah untuk memupuk amalan hijau dalam kalangan murid Fokus Murid dapat meningkatkan pengetahuan tentang teknologi amalan hijau yang dipraktikkan di negara ini. Murid dididik tentang kepentingan dan tanggungjawab penjagaan alam sekitar serta cara-cara mengamalkannya. 73Unit 13 Lestarikan Kehijauan Bumi Mendengar dan Bertutur Jaga Alam Kita T E AKTIVITI M Berdasarkan maklumat yang diberikan, A sampaikan ucapan tentang peranan pelbagai Aktiviti bergotong-royong 7 pihak untuk melestarikan bumi dalam Majlis Pelancaran Program Kehijauan Bumi. Arjun, Pengerusi Kelab Pencinta Alam Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Citra, telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis Program Kehijauan Bumi. Tong kitar semula Media massa dan media sosial TEROKA MINDA Jelaskan akibat jika kehijauan bumi tidak dikekalkan. Aktiviti menanam semula pokok 74 74Membaca Amalan Hijau Teknologi hijau merupakan teknologi AKTIVITI yang mesra alam. Teknologi ini merujuk pembangunan dan Baca dan fahami teks aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam yang diberikan. Kenal sekitar dan alam semula jadi. Kesan negatif daripada aktiviti pasti idea utama dan manusia dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi T idea sampingan. hijau. Terdapat beberapa tujuan pelaksanaan teknologi hijau E di negara ini. M Kepesatan pembangunan di negara ini menuntut penggunaan tenaga elektrik yang A tinggi. Pelaksanaan teknologi hijau ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kuasa, 7 sekali gus meningkatkan pembangunan ekonomi. Penggunaan alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, dan penjimatan penggunaan air merupakan antara contohnya. Selain itu, negara dapat meningkatkan keupayaan inovasi dalam pembangunan teknologi hijau. Hal ini dapat dilihat dengan adanya penganjuran pelbagai ekspo ciptaan sains yang berkaitan dengan teknologi hijau yang diadakan sepanjang tahun. Di samping itu, kita dapat memulihara alam sekitar, mendidik, dan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau. Hal ini disebabkan amalan hijau bukan suatu kebiasaan. Oleh itu, kita perlu mengubah minda bagi memastikan kehidupan yang kita nikmati hari ini berkekalan. Demi kelestarian alam sekitar, semua pihak perlu berganding bahu membudayakan amalan hijau dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa kerjasama dan tanggungjawab semua, pasti suatu masa nanti hasrat ini tidak akan menjadi kenyataan. Kriteria teknologi hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut • Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran serta menjimatkan tenaga dan sumber asli. • Mempunyai pembebasan gas rumah hijau greenhouse gas – GHG yang rendah atau sifar. • Selamat digunakan serta menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. TEROKA MINDA PERKASA ILMU 1. Jelaskan kelebihan aktiviti amalan hijau ini jika Idea utama ialah tema dalam sesebuah cerita. Terdapat hanya satu dipraktikkan di sekolah idea utama dalam sebuah cerita. mahupun di rumah. Teknologi hijau dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan 2. Huraikan kesan yang negatif daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, mungkin berlaku jika pelepasan gas yang berbahaya daripada asap kilang dan kenderaan, amalan hijau ini tidak dan lain-lain. dipraktikkan. 75 75Menulis Kelab Skuad Hijau Pengumuman Penyertaan Skuad Kembara Hijau AKTIVITI Skuad Kembara Hijau Sekolah mempelawa murid Cadangkan kaedah-kaedah untuk untuk menyertai skuad ini bagi pengambilan ahli mempromosikan Kelab Skuad baharu pada tahun ini. Murid yang berminat menyertai Kembara Hijau di sekolah anda. T skuad ini bolehlah meng-e-melkan maklumat diri E kepada guru tingkatan masing-masing sebelum 30 April yang akan datang. M A Maklumat Diri • Nama Penuh 7 • Nombor Kad Pengenalan • Tingkatan • Persatuan/Kelab/Unit Beruniform yang disertai • Jawatan yang disandang • Nyatakan sebab anda berminat untuk menyertai skuad ini Aktiviti Skuad Kembara Hijau • Melaksanakan amalan hijau di sekolah • Pemuliharaan pantai dan sungai Kelebihan Menyertai Skuad Kembara Hijau • Berpeluang untuk melancong • Kemeja-T percuma • Mengenali budaya asing • Menerima anugerah dan sijil “Selamatkan Alam, Lestarikan Kehijauan” TEROKA MINDA Cadangkan beberapa aktiviti amalan hijau yang dapat dilaksanakan oleh skuad ini. PERKASA ILMU Kempen Bumi Hijau telah dirasmikan pada peringkat kebangsaan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam. Kempen ini dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian, terutama bagi penduduk di kawasan bandar. Kempen ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan segar, berkhasiat, dan selamat dimakan, di samping mewujudkan persekitaran rumah yang cantik dan menarik. Sumber 76 76 Bahasa Damainya Kampungku IMBAS SAYA AKTIVITI 1. Lengkapkan syair berdasarkan rangkap dan gambar. 2. Ceritakan suasana kampung idaman anda. T E Segar berkembang bunga kemuning, M Sungai Tembeling mengalir hening, A Bangau bertenggek di tepi tebing, 7 Padi di bendang indah menguning. Gunung-ganang indah terbentang, Angin bertiup di waktu petang, ___________________________, ___________________________. Pelepah nyiur melambai tenang, Tempua girang mengait sarang, ___________________________, ___________________________. ___________________________, ___________________________, ___________________________, ___________________________. ___________________________, ___________________________, ___________________________, ___________________________. 77 77Tatabahasa Khazanah Semula Jadi Razan dan Arjun telah pergi ke Pameran AKTIVITI Khazanah Semula Jadi. Di situ, mereka 1. Berdasarkan gambar yang diberi, berpeluang melihat pameran gambar foto dan senaraikan kata kerja tak transitif lukisan tentang biodiversiti khazanah alam kemudian bina ayat daripada T semula jadi negara kita. E perkataan tersebut. M 2. Bayangkan anda berada di dalam A sebuah hutan simpan. Ceritakan situasi tersebut. 7 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak PERKASA ILMU memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang Perkataan biodiversiti ialah singkatan bagi mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perkataan biological diversity ataupun perlu diikuti oleh pelengkap. kepelbagaian biologi. Biodiversiti didefinisikan Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap sebagai aneka organisma hidup daripada pulang, menjerit, terpegun, tersenyum, melancong. pelbagai sumber sama ada di daratan mahupun Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap di samudera. Biodiversiti terbahagi kepada tinggal di desa, menjadi askar, berbuat baik. tiga peringkat, iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies, dan kepelbagaian Sumber Diubah suai daripada Tatabahasa ekosistem. Dewan Edisi Ketiga, 2015 78 14 Selamatkan Bumi Kita Mendengar dan Bertutur AKTIVITI Huraikan beberapa kaedah pemuliharaan alam sekitar. T E M A Indah Segar Kehidupan Terasa suramnya alam 7 Dunia kian terancam Langit tinggi kesedihan Pohon-pohon kekeringan Jerebu tebal yang menyesakkan. Tiada di sana sini Beburung lagi bernyanyi Bebunga hilang ceria Tiada kedamaian jiwa Mengingkari nikmat Maha Esa. Begitu bernilai alam maya ini Berdasarkan bahan yang diberikan, Bagi manusia yang tahu mengasihi bincangkan beberapa kesan sekiranya Usahlah terdorong oleh ketamakan alam sekitar tidak dipulihara. Kalau ikutkan hati pudarlah masa depan. PERKASA ILMU Tiada yang terkecuali marilah kita atasi Alam yang makin terancam Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, pencemaran Dunia yang makin kelam ialah sebarang perubahan sifat fizik, kimia, biologi, Atasinya dengan ketakwaan. atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling sama ada secara langsung atau tidak Hanyalah buat ingatan langsung, dengan melepaskan, mengeluarkan atau Untukmu insan tersayang meletakkan bahan buangan secara terbuka hingga Indah segar kehidupan menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang Kita yang menentukan boleh menimbulkan suatu keadaan berbahaya kepada Hidup ini usah dikorbankan. kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, flora dan fauna serta organisma lain. Nyanyikan lagu ini mengikut irama lagu Sumber Hitam Putih Kehidupan nyanyian Sheila Majid 79Membaca Bahayanya Polistirena Penggunaan polistirena semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia. Perkara AKTIVITI 1. Baca dan kenal pasti kosa kata ini walaupun nampak remeh tetapi ibarat pintu tak dan ungkapan yang menarik. berpasak, perahu tak berkemudi. 2. Bina ayat berdasarkan kosa Mengapakah penggunaan polistirena perlu T kata dan ungkapan tersebut. diharamkan? Pembungkus polistirena yang biasa E kita gunakan mengandungi bahan karsinogen. M Bahan kimia ini boleh memudaratkan kesihatan kita. Kajian yang dilakukan oleh Agensi A Penyelidikan Kanser Antarabangsa IARC menunjukkan bahawa bahan kimia yang terdapat 7 dalam polistirena merupakan agen penyebab penyakit kanser. Bahan kimia daripada bekas polistirena akan menyerap ke dalam makanan dan tubuh manusia. Hal ini boleh mengakibatkan perubahan genetik yang menjejaskan sistem pembiakan. Selain itu, penggunaan polistirena boleh menjejaskan alam sekitar. Bahan berbahaya ini mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara semula jadi. Hal ini mengakibatkan peningkatan jumlah sampah. Di samping itu, bahan kimia yang terkandung dalam polistirena juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon dan meningkatkan kadar pemanasan global. Sebagai langkah pencegahan, pada 25 Mac 2015, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Menghentikan Penggunaan Bekas Polistirena di seluruh negeri Melaka. Semua pihak, termasuk jabatan kerajaan dan swasta menerima cadangan ini dengan tangan terbuka. Sebagai alternatif, bekas polistirena digantikan dengan bekas biodegradasi. Kesimpulannya, semua pihak sepatutnya berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memelihara alam sekitar. Alam sekitar ialah anugerah Tuhan. Oleh itu, semua manusia mesti bertanggungjawab untuk menjaga anugerah ini dan tidak memusnahkannya. PERKASA ILMU Peraturan tentang kawalan penggunaan pembungkus dan bekas makanan daripada bahan polyvinyl chloride PVC terkandung dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia, sebanyak juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di negara ini pada tahun 2008, manakala untuk polistirena pula, terdapat 108 ribu tan metrik digunakan pada 2007, dan jumlahnya menurun Berdasarkan bahan, cadangkan kepada 106 ribu tan pada tahun 2008. aktiviti yang boleh menjamin Sumber Utusan Online, 2010 kesihatan diri. 80 AKTIVITI Bina kerangka penulisan tentang Pencemaran Alam punca pencemaran alam. T E M A PERKASA ILMU Ramalkan kesan pemanasan global kepada generasi masa 7 Kesan pemanasan global menyebabkan suhu hadapan. bumi meningkat sejak tahun 90-an. Ahli sains meramalkan bahawa keseluruhan ais di Lautan Artik akan cair pada musim panas tahun 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat juga akan mencair. Paras air laut akan meningkat kira-kira tujuh meter secara mendadak. Sumber 81Seni Bahasa AKTIVITI Persembahkan pengacaraan dengan Inovasi Bahan Terbuang menggunakan teks pengacaraan yang diberikan. MASA/PERKARA SKRIP TEKNIKAL TINDAKAN 1000 pagi Salam sejahtera dan salam hormat saya ucapkan kepada Yang Pengerusi Kata Alu-aluan Berbahagia Puan Siti Aznor Anuar, Guru Penolong Kanan Majlis Pengerusi Majlis Kokurikulum, Encik Rajesh Raj, Guru Penasihat Kelab Alam T Sekitar, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. E M 1010 pagi Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Saudara Saudara A Bacaan Doa Amirul Hakimi untuk mengetuai bacaan doa. Amirul Hakimi 7 1015 pagi Terima kasih Saudara Amirul Hakimi. Pengerusi Pengenalan Majlis Hadirin yang dikasihi, tujuan kita berhimpun pada pagi yang Majlis indah ini adalah untuk bersama-sama menjayakan Pelancaran Program Inovasi Bahan Terbuang peringkat sekolah ini. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan amalan kitar semula. 1020 pagi Tanpa membuang masa, saya dengan berbesar hati menjemput Yang Yang Ucapan Berbahagia Puan Siti Aznor Anuar untuk menyampaikan mutiara kata Berbahagia Alu-aluan Guru penyeri bicara, dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian Puan Siti Penolong Kanan ini dengan menanam anak pokok manggis. Dipersilakan Yang Aznor Anuar Kokurikulum Berbahagia Puan Siti Aznor Anuar. 1100 pagi Terima kasih Yang Berbahagia Puan Siti Aznor atas penyempurnaan Pengerusi Majlis Berakhir majlis perasmian sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan Majlis itu berakhirlah majlis perasmian Program Inovasi Bahan Terbuang pada pagi ini. Sebelum tirai majlis dilabuhkan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Orang Bajau mudik ke kota, Naik bahtera buatan Parsi; Amalan hijau budaya kita, Hidup sejahtera maju generasi. Sekian, terima kasih. PERKASA ILMU Melalui idea kreatif, barang terbuang seperti botol plastik boleh Berikan cadangan beberapa digunakan semula sebagai pasu untuk tanaman herba atau boleh jenis bahan terbuang yang juga dijadikan bekas serba guna. Bentuk botol yang mempunyai boleh dikitar semula. pemegang memudahkan pasu untuk digantung. Idea kitar Sarankan inovasi yang semula ini sungguh menarik dan mudah untuk dilakukan. boleh dilakukan. 82 Pemakanan yang Sihat AKTIVITI 1. Kenal pasti kata ganda penuh dan kata ganda berimbuhan yang terdapat dalam pantun jenaka di bawah. 2. Tulis cerita dengan menggunakan kata ganda yang T telah dikenal pasti dan kata ganda yang lain. E M Jenaka Alam A Abuk-abuk disira gula, 7 Tolong ambilkan kopi secawan; Bulan mabuk matahari gila, Apa pandangan di kepala tuan? Kait cempedak bersama Tipah, Cempedak dibawa ke mana-mana; Cuaca tersedak laut melimpah, Ikan kecewa pantai merana. Pungguk tersengih rindu-merindu, Bulan mengambang pungguk terlentang; Alam menangis manusia tersedu, Lintang-pukang tsunami datang. Pelangi bersinar ditunjuk-tunjuk, Boleh ditunjuk tak dapat disentuh; Cepat benar bukit merajuk, Merajuk-rajuk tanahnya runtuh. Camar-camar di pohon getah, Terasa resah melihat itik; Sungai tercemar ikan melatah; Mandi tak basah sungainya cetek. Sia-sia menanam keledek, Batasnya dalam di kebun Bajau; Kalau manusia akalnya pendek, Punah alam hilanglah hijau. Mardian, MSO 2016 Uniten 83Penilaian AKTIVITI Huraikan peranan yang perlu dimainkan 1. Teliti bahan, kemudian sediakan peta oleh pihak kerajaan untuk membendung buih berganda untuk memaparkan masalah pencemaran alam sekitar. fenomena alam. 2. Bina ayat menggunakan kata kerja tak transitif berdasarkan bahan. T E M Tercemar Terpelihara A 7 84Tema 8 SEKTOR PERTANIAN PESAT MEMBANGUN Berbudi kepada Tanah Malaysia kaya dengan hasil pertanian Fokus Murid dapat menambah pengetahuan, membuat penilaian dan perbandingan tentang teknologi terkini dalam sektor pertanian negara. Murid juga dapat melakukan aktiviti berbahasa seperti membuat perundingan di samping memberikan pendapat dan idea tentang sesuatu. 85
Listenonline to Zubir Abdullah - Zapin Teluk Belanga and see which albums it appears on. Scrobble songs and get recommendations on other tracks and artists.
Kandungan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kandungan i iv Isi Kandungan Prakata vi Kata Alu-aluan viii • Menteri Besar Johor • Pengerusi Pendidikan, Penerangan, x xii Warisan dan Budaya Negeri Johor xxi • Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor xxvii Sejarah Kesultanan Johor Pengenalan Modul Strategi Pelaksanaan ModulBab 1 Keterampilan Murid Johor 1Bab 2 Pengenalan 2Bab 3 Aktiviti 1 - Keseragaman Kemeja-T KrMJ 11 Aktiviti 2 - Budaya Bersalam 16 Aktiviti 3 - Doa Perhimpunan 22 Aktiviti 4 - Rambut Ala Johor Semangat Patriotik Johor 27 Pengenalan 29 31 Aktiviti 1 - Lagu Bangsa Johor 36 Aktiviti 2 - Johor Negeriku, Tanjung Puteri dan 38 Pulanglah 43 Aktiviti 3 - Lagu Yaladan Aktiviti 4 - Selat Tebrau, Tanjung Puteri dan Sri Muar Aktiviti 5 - Ale Ale Ale Luaskan Kuasamu Johor Budaya Kesantunan 50 Pengenalan 52 Aktiviti 1 - Tak Serupa Tapi Sama 56 Aktiviti 2 - Memori Indah iKandungan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorBab 4 Aktiviti 3 - Salam Hormat 60Bab 5 Aktiviti 4 - Tunduk Hormat 64 Aktiviti 5 - Saree Oh Saree! 67 Aktiviti 6 - Wah, Wanginya! 69 Aktiviti 7 - Saya Kenal Kawan Saya 71 Aktiviti 8 - Sirih Junjung 79 Aktiviti 9 - Inilah Johor 82 Pemupukan Seni Budaya Johor 84 Pengenalan 86 Aktiviti 1 - Permainan Sepak Raga 89 Aktiviti 2 - Permainan Gasing 92 Aktiviti 3 - Permainan Konda Kondi 95 Aktiviti 4 - Pertunjukan Fesyen 98 Aktiviti 5 - Makanan Tradisional Johor 102 Aktiviti 6 - Chef Muda 105 Aktiviti 7 - Langkah Tari 108 Aktiviti 8 - Sanggar Tari 111 Aktiviti 9 - Persembahan Ghazal Johor 114 Aktiviti 10 - Inilah Ghazal 117 Aktiviti 11 - Senaman J-Robik 120 Aktiviti 12 - Jawi Exchange 126 Kepimpinan Murid Pengenalan 128 Modul 1 - Program Kepimpinan Murid 130 SLB/JSLC 134 Aktiviti 1 - Komunikasi Spontan 138 Aktiviti 2 - Tiru Macam saya 141 Modul 2 - Program Kendalian Murid 144 Aktiviti 1 - Kawad Sederap 147 Aktiviti 2 - Wish Your Love Aktiviti 3 - Sentuhan Rohani Aktiviti 4 - Bersamamu Aktiviti 5 - Kau Inspirasiku iiKandungan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Soal Selidik Aktiviti Penutup 150 Komentar 173 Rujukan 175 Biodata Penulis 176 179iiiPrakata Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor PRAKATAModul ini merupakan satu garis panduan kepada sekolah-sekolah untukmelaksanakan aktiviti pembentukan Karakter Murid Johor KrMJ. Iamerupakan satu inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke arahmerealisasikan matlamat utama pembangunan KrMJ iaitu murid Johormempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dandikenali sehingga ke peringkat dunia. Dengan berpaksikan slogan Melahirkan Akhlak Terpuji’, modulini telah mengetengahkan lima inisiatif yang menjadi titik fokus utamaiaitu 1. Keterampilan Murid Johor 2. Semangat Patriotik Johor 3. Budaya Kesantunan 4. Pemupukan Seni Budaya Johor 5. Kepimpinan Murid. Segala aktiviti yang terkandung di dalam modul ini merupakanhimpunan amalan murni Bangsa Johor yang kaya dengan sejarah,warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratannya yang murni ini perlu disemarakkan secara berterusan agar murid-muridberasa bangga menjadi murid Johor. Dalam memastikan keberkesanan modul, penulis turut membinasoal selidik kebolehpercayaan dan keberkesanan bagi mengukur tahapkefahaman murid untuk diamalkan. ivPrakata Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Secara keseluruhannya, KrMJ yang ingin disemarakkan olehJabatan Pendidikan Negeri Johor ini sejajar dan memenuhi hasrat enamAspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia PPPM 2013-2025. Bagi merealisasikan anjakan kedua danketiga dalam PPM 2013-2025, iaitu memastikan setiap murid fasih dalamBahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi melahirkan rakyat Malaysiayang mempunyai penghayatan nilai yang tinggi. vKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sebait Kata Seuntai Bicara MENTERI BESAR JOHOR vAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan merupakan medium paling utama untuk mewujudkan modalinsan yang mampu menyumbang kepakaran untuk pembangunannegara. Pada masa yang sama, pendidikan juga sangat penting untukmemanusiakan manusia tanpa meminggirkan jati diri dan kebudayaansebagai warganegara Malaysia secara amnya dan rakyat Negeri Johorsecara khususnya. Oleh itu, inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johormelaksanakan Modul Karakter Murid Johor KrMJ merupakan usahayang signifikan untuk melahirkan generasi muda yang berbudaya Johorwalau di mana mereka berada. viKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Ledakan arus teknologi komunikasi yang merancakkanperkembangan dunia globalisasi telah menyaksikan penularan budayadari luar yang bersifat urban. Sehubungan dengan itu, bagi memastikananak-anak di Johor tidak ralit dengan keracunan budaya tersebut, usahaJabatan Pendidikan Negeri Johor dengan merangka Modul KrMJmerupakan usaha yang wajar dipuji. Hal ini dikatakan demikian keranamurid-murid akan dibimbing secara profesional oleh pendidik di sekolahdengan garis panduan yang tekal. Lantaran itu, peradaban Negeri Johor yang terkenal olehkeluhuran pekertinya dapat disemai secara langsung dan tidak langsungmelalui pembudayaan KrMJ seterusnya mewujudkan Bangsa Johor yangsejati dan berhemah tinggi. Akhir kalam, pembinaan Modul KrMJ diharapkan dapatdiaplikasikan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi KementerianPendidikan Malaysia KPM. Oleh itu, seluruh warga pendidik perlubergerak sederap dalam usaha untuk menyemarakkan peradaban NegeriJohor melalui pengaplikasian modul terima kasih.………………………………………………………..............YAB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD viiKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Seulas Rasa Seindah Bahasa PENGERUSIJAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN, WARISAN DAN BUDAYA, NEGERI JOHORAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera.“Jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapatmenggegarkan dunia”. Retorik yang penuh puitis ini menjadi satumanifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasimuda. Hal ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kita merupakantulang belakang atau nadi kepada negara dalam meletakkan kita sebarisdengan negara-negara maju persis mutiara kata duduk sehamparan,tegak sepermatang pada masa akan datang. Belakangan ini, kita telahmenyaksikan kerencaman persaingan ekonomi global telah viiiKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johormenyebabkan kita lebih cakna terhadap pembangunan pendidikan hariini. Pada masa yang sama, kita mahu nilai-nilai murni dan budaya BangsaJohor turut dikendong bersama dalam mengharungi perkembangan duniasemasa. Bagi merealisasikan hasrat ini, murid-murid perlu dibimbing darisemasa ke semasa dan diterapkan dengan pelbagai nilai sebagai BangsaJohor yang kaya dengan peradaban dan budi pekerti. Pembinaan ModulKarakter Murid Johor KrMJ adalah sangat signifikan yang dapatdijadikan rujukan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, naskhahModul KrMJ wajar dijadikan panduan untuk menyemai budaya BangsaJohor dalam kalangan generasi muda. Tambahan pula, penggunaan modul yang lengkap dengan aktivitidapat membimbing para pelajar ke arah penghayatan nilai-nilai BangsaJohor yang sebenar tanpa mengenal bangsa, etnik dan agama. Bukan itusahaja, tidak keterlaluan dikatakan jika murid-murid Johor akan menjadiduta kecil bagi mempromosikan Negeri Johor sama ada di negeri lainataupun di luar negara. Sebagai konklusinya, diharapkan agar penggunaan modul inisentiasa disebarluaskan dari semasa ke terima kasih.………………………………………………..YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG ixKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Seindah Bahasa Secangkir BicaraPENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHORAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Murid Johor KrMJ merupakan inisiatif dan Show Case JabatanPendidikan Negeri Johor dalam usaha melahirkan murid-murid Johoryang memiliki karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dandikenali. Tahun 2019 menyaksikan KrMJ berada pada kemuncaknyasetelah diperkenalkan sejak 2017 yang lalu dengan penekanan kepadalima objektif utama. Lima objektif tersebut adalah untuk melahirkan muridyang berimej dan beridentiti Johor, membina murid Johor yangberkebolehan dan berperadaban tinggi, membangunkan gayakepimpinan murid Johor yang berkualiti, menjalinkan kerjasama,perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor dan memupuk xKata Alu-aluan Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johorkesedaran murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai senibudaya tempatan. Umum mengetahui bahawa Negeri Johor kaya dengan khazanahdan warisan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan ini kita berbangga Johor dikenali di seluruh negara sebagai negeriyang mempertahankan jati diri bangsa dan budaya secara berterusan. Dengan slogan Melahirkan Akhlak Terpuji’, KrMJ diharapkandapat terus disemarakkan bagi memenuhi hasrat dan harapan yangterkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan menepati enamAspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013-2025.Sekian, terima kasih.….……………………………………..HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI xiSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorSEJARAH KESULTANAN JOHORSekilas Sejarah Kesultanan JohorNegeri Johor Darul Ta’zim adalah negeri yang masih mendaulatkaninstitusi Diraja. Institusi Diraja Johor mempunyai keunikan dankeistimewaan tersendiri dari sudut sejarahnya sejak awal penubuhanJohor. Ini menjadikan institusi Diraja Johor sangat berbeza dengannegeri-negeri di seluruh Malaysia dan mempunyai nilai sejarah yangtinggi. Sebagai rakyat Johor khususnya, kita perlu peka dan mempunyaisemangat ingin tahu yang tinggi untuk mendalami dan menghargaisejarah asal usul Kesultanan Johor. Segmen ini akan menerangkansecara ringkas kronologi tampuk pemerintahan Kesultanan Johor yangmelalui tiga tampuk pemerintahan berbeza sejak awal penerangan ringkas ini dapat menyuntik perasaan cinta akannilai sejarah negeri tempat kita Johor pada 1528 sehingga 1699 Dinasti Kesultanan Johor bermula pada tahun 1528 yang dinaungioleh Sultan Alauddin Riayat Shah II 1528-1564 dari keturunanKesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini bertapak di Johor Lama. Sultandibantu oleh Majlis Orang Kaya yang terdiri daripada Bendahara,Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Seterusnya, Pekan Tua merupakan permulaan bagi pemerintahanJohor. Kota Kara adalah sebuah kubu pertahanan yang dibina olehbaginda Sultan Alauddin Riayat Shah II di tepi Sungai Johor. Pada tahun xiiSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor1535, Johor telah diserang oleh Portugis. Dek kerana tidak dapatbertahan, Sultan serta pengikut baginda Pekan Tua dan membinakediaman di tempat bernama Sayong. Seterusnya, pemerintahan Johor telah diwariskan kepada SultanMuzaffar Shah II bermula pada 1564-1570. Dari Johor Lama, SultanMuzaffar Syah serta orang-orang besar baginda bersemayam di BukitSeluyut. Sejak itu, Seluyut mula didiami ramai orang dan menjadi pusatpemerintahan kerajaan Johor. Pemerintahan Johor seterusnya di warisioleh Sultan Abdul Jalil Shah I 1570-1571. Namun begitu, pemerintahan Johor beralih pula di Batu Sawarpada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah II 1571-1597. Bandarini didiami ramai orang dan menjadi kediaman raja serta pembesar. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III 1597-1615, takhta pemerintahan dan pentadbiran negeri telah diserahkankepada Sultan Abdullah Ma’ayat Shah 1615-1623 dan Tun Sri menyebabkan terjadinya peralihan pusat pemerintahan Johor. Padatahun 1618 baginda bersemayam di Pulau Lingga. Sejak itu, Lingga pulamenjadi pusat pemerintahan dan aktiviti perdagangan menjadi hasilutama bagi Kerajaan Johor. Baginda telah menjalinkan hubunganperniagaan dengan Melaka Portugis serta mengenakan bayaran cukaibagi kapal-kapal pedagang yang melalui perairan Johor. Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Ma’ayat Shah, SultanAbdul Jalil Shah III 1623-1677 telah dilantik sebagai Sultan. Pada tahun1641, kapal Diraja dari Lingga telah berlabuh di Makam Tauhid danmenjadikannya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor yang baru. xiiiSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Setelah itu, kerajaan Johor diwarisi oleh Sultan Ibrahim Shah I1677-1685. Pada tahun 1678, Sultan Ibrahim menjadikan Riau sebagaipusat pemerintahan Johor yang baru. Orang-orang Belanda mulamengadakan hubungan perniagaan dengan Pulau Riau. Setelah kemangkatan Sultan Ibrahim Shah I pada tahun 1685,Raja Mahmud Shah telah dilantik menjadi Sultan Johor-Pahang 1685-1699. Pada tahun 1688, Sultan Mahmud telah bersemayam di KotaTinggi. Namun begitu, pemerintahan kesultanan Melayu Melaka berakhirdi Tahun 1699, setelah kemangkatan Sultan Mahmud. Oleh kerana SultanMahmud Shah tidak mempunyai waris, pentadbiran Johor telah bergantikepada pemerintahan Johor di Bawah Pemerintahan Bendahara 1699-1855dan Temenggong 1855 – 1862 Sepanjang pemerintahan kesultanan Johor, Kepulauan Riauadalah destinasi terakhir yang dipilih sebagai ibu negeri Johor pada ketikaitu. Pada tahun 1761, Sultan Mahmud III telah diangkat sebagai SultanJohor Riau. Selepas itu, pengurusan dan pentadbiran Johor telah bertukarkepada pemerintahan Temenggong. Pemerintahan Temenggongbermula apabila Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman IbniTemenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor-Singapura. Padatahun 1819, Sultan Husain Shah telah diangkat sebagai Sultan Johor-Singapura. Seterusnya pada tahun 1825 Temenggong Daeng yangmerupakan anakanda kepada Temenggong Abdul Rahman telahdiangkat sebagai Temenggong Johor setelah kemangkatanayahandanya. Pada 10 Mac 1855 Sultan Ali Iskandar telah menyerahkan xivSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johorkeseluruhan kerajaan dan negeri Johor kecuali jajahan Kesang kepadaTemenggong Ibrahim. Pemerintahan bendahara tamat setelahkemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877. Bermula tahun 1855,Temenggong Daeng Ibrahim telah membuka Bandar Iskandar Puteri yangterletak di Tanjung Johor Moden pada 1862 sehingga kini Pada 10 Mac 1855 British di Singapura dan Sultan Ali dari Johortelah menandatangani perjanjian kuasa memerintah Johor diberikankepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Muar masih lagi dibawah pemerintahan sultan. Namun pada 1877, Muar kemudiannya telahdiserahkan kepada Temenggong Abu Bakar 1862-1895 Setelah itu, Temenggong Ibrahim kemudiannya digantikan olehanakandanya, Sultan Abu Bakar pada tahun 1862. Sultan Abu Bakaradalah pemerintah yang bijaksana hingga sangat dihormati olehpedagang dan British. dan digelar sebagai bapa Johor Moden. Bagindatelah membangunkan kerajaan Johor dan membuat hubungan diplomasidengan kerajaan Riau-Lingga. Baginda telah menukar nama TanjungPuteri kepada Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran kerajaan tahun 1886, Sultan Abu Bakar telah dimahkotakan. Dalam istiadatitu, baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor yangmenjadikan Johor sebagai negeri pertama yang mempunyai istiadatsedemikian. xvSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorSultan Ibrahim 1895-1959 Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 setelahkemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Sultan Ibrahimmengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Pada tahun 1908, jalankereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan sementara TambakJohor yang menghubungkan Johor Bahru - Singapura telah siap dibinapada tahun 1924. Baginda juga telah menjadi penaung kepada PakatanBahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. Selain itu, pendidikanAgama Islam turut diperkukuh dengan pembinaan sekolah-sekolahagama dan masjid. Lagu Bangsa Johor’ telah dijadikan sebagai lagurasmi negeri dan dinyanyikan dalam setiap majlis rasmi dan perhimpunandi Ismail 1959-1981 Sultan Ismail telah menggantikan ayahandanya pada tahun 1959- 1981. Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar,Johor Bahru pada 10 Febuari 1960. Negeri Johor berada dalam keadaanmaju dan makmur semasa pemerintahan baginda. Baginda sangatmemberi perhatian terhadap pembangunan Negeri Johor. PembinaanLapangan Terbang Senai yang mula beroperasi pada tahun 1971. MajlisAgama Islam juga ditubuhkan bertujuan memajukan lagi Agama Islam. xviSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorSultan Iskandar 1981-2010 Sultan Iskandar telah mewarisi takhta setelah kemangkatanayahandanya Sultan Ismail pada tahun 1981. Sultan Iskandar jugamerupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan bermula pada26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda telah memerintah kerajaanJohor selama 29 tahun sehingga tahun 2010. Sepanjang pemerintahanbaginda, kerajaan Johor juga menjalin hubungan erat dengan Singapuradan Ibrahim 2010-kini Setelah kemangkatan Sultan Islandar, kerajaan Johor telahdiwarisi oleh Sultan Ibrahim pada tahun 2010 sehingga kini. Ketikaalmarhum ayahandanya dilantik sebagai YDPA, Sultan Ibrahim telahmenjadi pemangku sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda denganmelibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiranyang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinandan perwatakan. Setelah tamat persekolah, baginda pernah dilantiksebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di PusatLatihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Tuanku pernah berkhidmat denganKerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di beberapa jabatan dan sektorberbeza untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbirannegeri. Pada 23 Januari 2010, Tuan Mahkota Tunku Ibrahim telahdimasyhurkan sebagai Sultan Johor setelah kemangkatan Duli YangMaha Mulia Sultan Iskandar. xviiSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyakkeistimewaan dan pencapaian yang membanggakan. Baginda jugaseorang Sultan yang berjiwa rakyat. Baginda sangat sinonim denganprogram yang berteraskan kerja sosial dan mendekati rakyat jelata. Ketika menjadi Tuanku Mahkota Johor, baginda merupakanpengasas utama kepada acara jelajah bermotosikal iaitu KembaraMahkota Johor. Kembara Mahkota pertama yang diadakan adalah pada2 hingga 4 Julai 2001 yang merupakan penjelajahan tiga hari dua malamyang telah diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi. Kembara initelah menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi semua daerah dinegeri Johor. Kembara Mahkota Johor telah dijadikan sebagai acaratahunan sekaligus menjalankan misi kebajikan bagi golongan yangkurang bernasib baik di setiap daerah. Tujuan kembara ini dijalankanuntuk mempromosikan industri pelancongan dan memupuk semangatperpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Johor. Selain itu DYMM Sultan Ibrahim juga menunjukkan minat yangtinggi di dalam bidang sukan khususnya polo. Baginda pernah menyertaikejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Baginda turut terlibatdalam bidang sukan tenis, luncur tayar, menembak, memandu danpayung terjun. Tuanku telah mencipta sejarah apabila memperolehi lesenmemandu kereta api kelas 26. Tuanku juga telah menerima pengiktirafandaripada Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama memandukereta api secara keseluruhannya Kesultanan Johor mempunyai sejarah yangsangat unik. Sepanjang pemerintahan, Kesultanan Johor telah dinaungioleh tiga dinasti utama bermula abad ke-16. Kesultanan Johor telah xviiiSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johorbermula daripada pemerintahan keturunan Kesultanan Melaka sejak1528 hingga 1699 dan kemudiannya telah diambil alih oleh tahun 1855, Dinasti Kesultanan Johor telah diambil oleh DinastiTemenggong sehinggalah terbentuknya Kesultanan Johor Moden yangmemerintah sehingga pemerintahan Kesultanan Johor Dinasti Kesultanan Melayu Melaka Johor Lama 1. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah II 1528-1564 2. Sultan Muzaffar Shah II 1564-1570 3. Sultan Abdul Jalil Shah I 1570-1571 4. Sultan Abdul Jalil Shah II 1571-1597 5. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III 1597-1615 6. Sultan Abdullah Ma’ayat Shah 1615-1623 7. Sultan Abdul Jalil Shah III 1623-1677 8. Sultan Ibrahim Shah I 1677-1685 9. Sultan Mahmud Shah 1685-1699Dinasti Bendahara Johor Lama-Riau-Singapura 1. Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV 1699-1718 2. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah 1718-1722 3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1722-1760 4. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah 1760-1761 5. Sultan Ahmad Ri’ayat Shah 1760-1761 6. Sultan Mahmud Shah III 1761-1812 7. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah 1812-1819 8. Sultan Husain Shah 1819-1835 9. Sultan Ali Iskandar Shah 1835-1855 xixSejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorDinasti Temenggong Singapura-Johor 1. Temenggong Daing Ibrahim 1855-1862 2. Sultan Abu Bakar 1862-1895 3. Sultan Ibrahim 1895-1959 4. Sultan Ismail 1959-1981 5. Sultan Iskandar 1981-2010 6. Sultan Ibrahim 2010-kiniGambar-gambar sejarah Kesultanan JohorTemenggong Sultan Abu Bakar Sultan IbrahimDaing IbrahimSultan Ismail Sultan Iskandar Sultan Ibrahim xxPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor PENGENALAN MODUL KARAKTER MURID JOHOR KrMJMATLAMATMurid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandangtinggi dan Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualitid. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Memupuk kesedaran murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatanSASARAN• Murid sekolah rendah dan menengah di negeri AKTIVITI• Program KrMJ dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa xxiPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorFasa 1 Keseragaman kemeja-T KrMJ, budaya salam, amalan doa dan lagu patriotik Keseragaman Kemeja-T - Pakaian kemeja-T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program- program luar bilik darjah, pertandingan peringkat MSSD, MSSJ dan MSSM. - Keseragaman bergambar gaya bebas - Gaya Zapin Budaya Salam a. Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan kepada murid-murid Melayu sahaja. Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Adalah tidak menjadi halangan kepada murid- murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. b. Amalan pengucapan salam Salam Muafakat Johor’ digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh pihak Amalan Doa a. Teks doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor. b. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. xxiiPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johorc. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua tangan berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada di atas tangan Lagu Patriotik Johor a. Lagu Bangsa Johor - dinyanyikan dalam acara-acara rasmi. b. Lagu Ale Ale Ale Luaskan Kuasa Mu - dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dan lain-lain. c. Lagu Muafakat Johor - dinyanyikan dan diperdengarkan secara selingan dalam majlis. d. War cry “Muafakat Johor” - Digunakan sebagai membangkitkan semangat 2 Budaya kesantunan, memupuk budaya Johor dan gaya rambut kemas1. Budaya Kesantunan a. Menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua, guru dan rakan-rakan sebaya. b. Budaya melayan dan meraikan tetamu. c. Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan Terima kasih’. d. Budaya meraikan kejayaan rakan. e. Menonjolkan penampilan / keterampilan terpuji pakaian yang kemas, tidak ketat, tidak mencolok mata, tingkah laku yang baik, perangai yang sopan dan lain-lain. xxiiiPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor2. Memupuk Budaya Johor a. Memupuk nilai, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah. b. Membudayakan aktiviti J-Robik dan muzik Johor seperti keroncong, ghazal, zapin, gendang 24 musim dan kabaddi atau lain-lain yang sesuai. c. Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya marhaban dan berzanji dalam Panitia Pendidikan Islam. d. Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor, lontong, mi rebus, mee bandung, burasak, asam pedas, asam rebus dan Lain-lain. e. Menggalakkan apresiasi tulisan Jawi. f. Menggalakkan pemakaian baju Melayu Teluk Belanga dan pakaian tradisi kaum Gaya Rambut a. Ukuran guntingan rambut ialah tapak dua dan tiga atau tapak dua dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 8 cm panjang. b. Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan. c. Qaza’ adalah tidak dibenarkan. d. Gaya rambut yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.. xxivPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorFasa 3 Program Kepimpinan dan Program Kendalian Murid1. PROGRAM KEPIMPINAN a. Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti kelab dan persatuan, unit-unit pemimpin murid dan lain-lain dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi pemimpin. b. Mewujudkan Student Leaders Board SLB di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan mereka ke peringkat District Student Leaders Board DSLB & Johor Student Leaders Council JSLC. c. Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti • Program Team Building. • Pembimbing Rakan Sebaya • Kursus Pembangunan Sahsiah. • Kem Bina Semangat. d. Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti berpidato, perbahasan, pengucapan awam dan PROGRAM KENDALIAN MURID 1. Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti • Perhimpunan sekolah. • Majlis Hari Guru. • Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat. xxvPengenalan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor • Menguruskan Hari Sukan sekolah – Kejohanan Olahraga. • Perkhemahan, lawatan dan lain-lain. • Guru hanya sebagai fasilitator Membentuk karakter kepimpinan berkualiti dan holistik. HARAPAN• Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali. xxviStrategi Pelaksanaan Modul Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor STRATEGI PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR KrMJ1. Mengadakan taklimat tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan modul kepada guru dan Bimbingan dan pemantauan berterusan daripada pihak Penilaian implikasi pelaksanaan program mengikut Tindak susul dan cadangan penambahbaikan jika perlu.Modul KrMJ ini juga boleh diaplikasikan dan dilaksanakan dalam semuaprogram dan aktiviti di dalam atau di luar sekolah seperti 1. Perhimpunan rasmi dan harian sekolah 2. Perhimpunan dan perjumpaan kokurikulum 3. Program pembangunan insan 4. Program kem dan aktiviti luar 5. Pembelajaran dan Pemudahcaraan PdPc 6. Program 1Murid 1Sukan 7. Program NILAM 8. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP 9. Program Bulan KebangsaanModul KrMJ ini juga boleh digunakan bukan sahaja dalam kalangan muridsekolah rendah dan menengah, tetapi juga digunakan di peringkatinstitusi pengajian tinggi awam dan swasta, sama ada di dalam atau diluar negara. xxviiBab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor BAB 1 KETERAMPILAN MURID JOHORPENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, keterampilanmerupakan keadaan atau sifat terampil yang mempunyaikecekapan dan kemampuan yang tinggi. Keterampilan dirimerupakan cara kita melihat diri sendiri. Hal ini meliputikepercayaan, pemikiran dan perasaan. Pada masa yang sama,keterampilan merangkumi cara kita berhubung dengan diri sendiridan orang lain. Komponen keterampilan diri termasuklahpenampilan secara fizikal, pandangan terhadap diri sendiri danorang lain serta perasaan nilai dan keyakinan diri. Objektif utama keterampilan murid Johor adalah untukmelahirkan murid yang berkebolehan dan berperadaban juga dapat memupuk perpaduan, jati diri danseterusnya melahirkan murid yang beridentiti. Situasi ini akanmembentuk imej murid Johor sejak di bangku sekolah lagi. MuridJohor yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjungi dandipandang tinggi. 1Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJAKTIVITI 1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor KESERAGAMAN KEMEJA-T KrMJTEMA KeterampilanMASA 40 minitBAHAN 1. Ilustrasi gambar rekaan Kemeja-T KrMJKAEDAH 1. Memperagakan pakaianPENYAMPAIAN 2. Taklimat Modul KrMJOBJEKTIF Melalui aktiviti ini, murid dapat 1. Memperkasakan jati diri sebagai murid Johor. 2. Mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid yang bersekolah di Johor. 3. Memupuk perpaduan dan bersatu hati sebagai murid Johor yang merupakan pewaris bangsa Memperagakan Kemeja-T KrMJ LANGKAH 1. Fasilitator menerangkan tatacara pemakaian Kemeja-T KrMJ dengan memperagakan Kemeja-T KrMJ kepada murid. Tayangan video 1. Fasilitator menayangkan tayangan video spesifikasi Kemeja-T KrMJ. 2Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorFALSAFAH 2. Pemakaian Kemeja-T KrMJ yang direkaNILAI MURNI khas berpandukan warna bendera Johor semasa aktiviti PendidikanLAMPIRAN Jasmani, Kokurikulum, program- program di luar bilik darjah, pertandingan peringkat MSSD, MSSJ, dan MSSM. 3. Fasilitator membuat rumusan • Kemeja-T KrMJ menjadi lambang identiti dan perpaduan murid Johor. • Kejelekitan dapat dipupuk dalam kalangan murid Johor untuk memperkasakan identiti murid Johor. Murid Johor berketerampilan dan disegani. 1. Semangat kerjasama 2. Bermuafakat 1. Ilustrasi Kemeja-T KrMJ 2. Surat Siaran Karakter Murid Johor JPNJ HEM36/100-19/ 3Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorSurat siaran Karakter Murid Johor 4Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorIlustrasi kemeja-T KrMJ 5Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Keseragaman kemeja-T KrMJ melambangkan muafakat murid Johor Keseragaman kemeja-T KrMJmelambangkan perpaduan murid Johor 6Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tudung putih uniform sekolah boleh dipadankan dengan kemeja-T KrMJ bagi murid perempuan IslamMurid Johor mempunyai semangat kerjasama yang jitu 7Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorTudung hitam juga boleh dipadankan dengan kemeja-T KrMJ bagi murid perempuan Islam Murid Johor sentiasa kelihatan kemas dan berdisiplin 8Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorPELAJAR LELAKIPandangan hadapan Pandangan belakangPELAJAR PEREMPUAN ISLAM IPandangan hadapan Pandangan belakang 9Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorPELAJAR PEREMPUAN BUKAN ISLAMPandangan hadapan Pandangan belakangMurid Johor modal insan harapan negara 10Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJAKTIVITI 2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor BUDAYA BERSALAMTEMA Hormat-menghormatiMASA 40 MinitBAHAN 1. Video RHGWHakJrPTzPqIDjtg 2. Ilustrasi Tatacara BersalamKAEDAH 1. SimulasiPENYAMPAIAN 2. Tayangan videoOBJEKTIF Melalui aktiviti ini murid dapat 1. Memupuk budaya kesantunan murid Johor. 2. Melahirkan murid yang berwatak dan beridentiti Johor. 3. Menerapkan nilai hormat-menghormati dan kasih sayang sebagai amalan baik murid Simulasi LANGKAH 1. Fasilitator melaksanakan simulasi cara bersalaman yang betul mengikut cara kaum Melayu, Cina dan India. 2. Fasilitator menerangkan budaya bersalam kepada murid dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Islam sahaja. 11Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3. Fasilitator memaklumkan murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Namun begitu, tidak menjadi halangan kepada mereka untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. Tayangan Video i. Fasilitator membuat tayangan video tatacara bersalaman mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. ii. Fasilitator melatih murid-murid untuk mengikut cara bersalam seperti yang telah ditayangkan. iii. Fasilitator menggalakkan amalan ini sebagai budaya yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. 4. Fasilitator membuat rumusan • Budaya bersalaman merupakan teras permuafakatan antara murid Johor. • Budaya bersalaman melambangkan kesantunan murid Johor yang seterusnya menjadi imej dan identiti Bersatu teguh, bercerai MURNILAMPIRAN 1. Hormat-menghormati 2. Kasih sayang 3. Amalan baik 1. Video 2. Ilustrasi tatacara bersalam 12Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorLampiran Tatacara Bersalam Murid IslamGURU MURID MURID GURU TATACARA BERSALAM ANTARA MURID ISLAM DENGAN GURU GURU MURID 13Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorMURID GURU MURID GURU TATACARA BERSALAM ANTARA MURID BUKAN ISLAM DENGAN GURUMURID GURU 14Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorDi dahi Tidak mencium tanganTATACARA BERSALAM YANG TIDAK MEMATUHI CARA BERSALAMAN MURID JOHORDi pipi Di dahi 15Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorAKTIVITI 3 DOA PERHIMPUNANTEMA DoaMASA 40 MinitBAHAN 1. Teks Doa 2. Video 3. Ilustrasi Tatacara BerdoaKAEDAH 1. SimulasiPENYAMPAIAN 2. Tayangan video 3yRHGWHakJrPTzPqIDjtgOBJEKTIF Melalui aktiviti ini murid dapat 1. Memimpin bacaan doa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 2. Memupuk nilai hormat-menghormati sesama kaum. 3. Menerapkan nilai murni dan kasih SimulasiLANGKAH 1. Fasilitator melatih murid memimpin bacaan teks doa perhimpunan rasmi sekolah Negeri Johor. 2. Seorang wakil murid akan memimpin bacaan doa dan diikuti oleh murid lain. Tayangan video 1. Fasilitator menerangkan tatacara spesifikasi bacaan doa seperti berikut 16Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri JohorFALSAFAH i. Kedudukan tangan semasaNILAI MURNI berdoa adalah dengan menadahLAMPIRAN tangan di paras dada. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. ii. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua tangan berada di bawah dalam keadaan bersilang di mana tangan kanan berada di atas tangan kiri. Fasilitator membuat rumusan • Kepercayaan kepada Tuhan dengan cara berdoa dapat melahirkan akhlak murid Johor yang terpuji. • Doa sebagai salah satu cara melahirkan rasa syukur, ikhlas dan reda dalam menjalani kehidupan seharian. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Keikhlasan diri 3. Kesyukuran dan keredaan 1. Teks Doa 2. Video 3. Ilustrasi Tatacara Berdoa 17Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR ‫ِب ْس ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬‫ َو َعلَى آ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه‬،‫ َوال َّصلاَةُ َوال َّسلاَ ُم َعلَى أَ ْش َر ِف الأَ ْن ِبيَا ِء وال ُم ْر َس ِل ْي َن‬،‫اَ ْل َح ْم ُد ِلل ِه َر ِب العَا َل ِم ْي َن‬ ‫أَ ْج َم ِع ْي َن‬ ‫ َيا ذَا ا ْل َجلاَ ِل َوال ِإ ْك َرا ِم‬،‫ال َّل ُه َّم يَا بَ ِد ْي َع ال َّس َم َوا ِت َوالأَ ْر ِض‬ ‫ َو ِل َج ِم ْي ِع ا ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن‬،‫ َو ِل ُمعَ ِل ِم ْينَا‬،‫ َوا ْر َح ْم ُه ْم َك َما َر َّب ْونَا ِص َغا َرا‬،‫ َو ِل َوا ِل ِد ْي َنا‬،‫ال ّلَ ُه َّم ا ْغ ِف ْر َلنَا ذُنُ ْو َب َنا‬ ‫ َوا ْل ُم ْؤ ِم ِن ْي َن َو‬،‫َوا ْل ُم ْس ِل َما ِت‬ .‫ برحمتك يا أرحم الراحمين‬.‫ الأَ ْحيَا ِء ِم ْن ُه ْم َوالأَ ْم َوا ِت‬،‫ا ْل ُم ْؤ ِمنَا ِت‬ ‫اللهم يا رحمن ويا رحيم‬Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini, kami mohon taufik danhidayah-Mu. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasabersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Mu yang melimpah kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yangcerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerimailmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi. ‫اللهم يا فتاح ويا عليم‬Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalammenghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlahkami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di 18Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johordunia dan akhirat. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yangbaik akhlak dan budi pekertinya. Bukakanlah kepada kami segalapintu hikmah-Mu, dan kurniakanlah kepada kami segala rahmat-Mu. ‫اللهم يا ذاالجود والرحمة‬Ya Allah, anugerahkan apalah kiranya kepada Duli Yang MahaMulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan YangDipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akankeselamatan dan keafiatan serta penjagaan dan perlindungan yangberterusan. Kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah BintiAlmarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli YangAmat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johordan Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam, putera-putera dan puterinya, kerabat-kerabat diraja. Juga kepada parapemimpin, ibu bapa kami, guru-guru kami dan seluruh rakyat NegeriJohor Darul Ta’zim akan kesejahteraan, keamanan dan kedamaian,seterusnya, jadikanlah negeri kami sebuah negeri yang mendapatlimpahan rahmat dan nikmat disisi-Mu agar agama, bangsa danNegeri Johor Darul Ta’zim akan terus menjadi sebuah negeri yangbermaruah, berdaulat, kukuh dan mampu menghadapi segalacabaran. .‫ َوتَ َف ُّرقَ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَ َف ُّرقًا َم ْع ُص ْو ًما‬،‫اللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ .‫ ِإ ّنَ َك أَ ْن َت ا ْل َو َّها ُب‬،ً‫ َو َه ْب َلنَا ِم ْن َل ُد ْن َك َر ْح َمة‬،‫َر َّب َنا لاَ تُ ِز ْغ قُ ُل ْو َبنَا َب ْع َد إِ ْذ َه َد ْيتَ َنا‬ .‫ َوقِنَا َع َذا َب ال َّن ِار‬،‫ َو ِفى الآ ِخ َر ِة َح َسنَ ًة‬،ً‫َر َّب َنا آتِنَا فِي ال ُّد ْن َيا َح َسنَة‬ .‫ َوا ْل َح ْم ُد ِلل َه ِِ َر ِب ال َعا َل ِم ْي َن‬،‫ َو َع َلى آ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه َو َس َلّ ْم‬،‫َو َصلَّى اللهُ َع َلى َسيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬19Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor TATACARA BERDOA BAGI YANG BERAGAMA ISLAMDENGAN MENADAH TANGAN PARAS DADA20Bab 1 Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor TATACARA DOAMURID BUKAN ISLAM 21
Belaya Mak Long, Tuanku Tambusai, Pak Ngah Balek, Puteri Tujuh, Dedap Durhaka, Kutang Barendo. Suku : Melayu, Akit, Talang Mamak, Hutan, Sakai, Laut, Bunoi, Bahasa Daerah : Melayu Pakaian Adat : Teluk Belanga dan Kebaya Labuh Alat Musik Tradisional : GAMBUS 5. Provinsi Kepulauan Riau Ibukota nya adalah Tanjung Pinang Tarian Tradisional

Dengan ilmu kubina kerjayaDengan kerjaya kucapai jayaDengan berjaya kujelajahi alam 3MEMETIK BINTANG1. Apakah prospek kerjaya dalam bidang penerbangan?2. Juruanimasi kerjaya yang menarik? Berikan pendapat Jelaskan kepentingan forensik dalam menangani kes jenayah. 27Kerjaya di Awan Biru IMBAS SAYATEMA 3 1. Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan yang Bintang 2. Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangan dan berikan respons anda. 3. Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan. Di Sebalik Tabir Pesawat Nurin dan rakan-rakannya telah mengunjungi pameran kerjaya di sebuah universiti. Semasa melawat ke tapak pameran, Nurin telah mengambil sekeping risalah tentang kerjaya dalam bidang penerbangan. Nurin berbincang dengan rakannya tentang maklumat yang terdapat dalam risalah tersebut. J u ru te rb a n g • Bertanggungjawab untuk mengendalikan pesawat dan memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi mengikut Manual Operasi Penerbangan. • Memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik di dalam pesawat, menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin, dan berat pesawat semasa berlepas, serta keperluan bahan api yang secukupnya untuk penerbangan. • Menerbangkan pesawat ke destinasi mengikut jadual dan prosedur penerbangan yang ditetapkan. • Menerima dan melaksanakan arahan pengawal trafik udara dari mula sehingga akhir penerbangan. Tahukah anda?DydpusaieeanSnMnlnutaguggamjaalamkartbnymleelusunrbiaealyius n,deCMsdtgdeaaiaivarinnsldialailgaakimApnypapvsesanbiitealtaiiudntktbuaiauCeeosnnbrrnAiggsbeAtAuraeikMnausrnepist.gbhrea 28Pengawal Trafik Udara TEMA 3• Memastikan aliran lalu lintas di ruang udara, landasan, dan persekitaran lapangan terbang selamat dan teratur.• Menentukan waktu dan tempat yang tepat untuk setiap pesawat mendarat.• Memberikan arahan kepada juruterbang menggunakan komunikasi radar untuk memastikan lalu lintas lancar dan selamat.• Memberikan nasihat berkaitan dengan cuaca atau maklumat lain tentang penerbangan kepada juruterbang.• Mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat menggunakan radar dan teknologi komputer. Memetik Bintang Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang• Menyelenggara pesawat dengan membuat pemeriksaan minyak enjin, tayar, gear pendaratan, dan bahagian luar badan pesawat.• Memeriksa alat pemadam api dan jaket keselamatan agar dalam keadaan baik untuk keselamatan kabin penumpang.• Mengira dan menetapkan jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh pesawat untuk penerbangan seterusnya.• Menyemak buku log teknikal dan membetulkan sebarang masalah yang dilaporkan oleh juruterbang atau kru kabin.Sumber Civil Aviation Authority of Malaysia CAAM Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan 29 kefasihan dengan 3 Saksi Senyap Rungkai MisteriMemetik Bintang 1. Baca bahan dan kenal pasti maklumat. 2. Sejauh manakah kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah? 3. Bagaimanakah kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita? Kanta Forensik Sejajar dengan perkembangan dunia sains, Polis Diraja Malaysia PDRM kini mengorak langkah untuk memantapkan aspek penyiasatan dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Aplikasi kaedah saintifik dalam penyiasatan atau lebih dikenali sebagai forensik membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah. Menurut PDRM, forensik ialah aplikasi sains kepada perundangan. Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah Makmal Forensik. Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan, pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation CSI mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan tumpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan CSI. Hasil penilaian tersebut akan dianalisis oleh unit forensik yang berkenaan. Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Cap Jari. Unit Siasatan Audio/ Video pula akan menjalankan pemeriksaan audio video seperti rakaman kamera litar tertutup sementara Unit Siasatan Jenayah Komputer akan menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit Pemprosesan Pusat atau Central Processing Unit CPU, telefon bimbit, kad sim, dan kad memori. Sumber Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM 30Laluan Kerjaya TEMA 3 Pegawai Forensik PDRM • Menjalani Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis selama setahun. • Menjadi Pegawai Siasatan Jenayah sekurang-kurangnya setahun. • Lulus ujian kecekapan. • Semua pegawai forensik PDRM berpeluang untuk meningkatkan kepakaran dan kenaikan pegawai forensik dapat membantu Memetik Bintang menjalankan siasatan? Kes 1 Kes 2 Kes 3 Kejadian jenayah Kejadian Kehilangan wang yang mengakibatkan menggodam akaun dalam akaun harta benda. media sosial. Kes 4 Tahukah anda? Rangka manusia Forensik perubatan digunakan untuk ditemukan menyelesaikan kes medikolegal di hospital. Sumber h t t p / / w w w. m y h e a l t h . g o v. m y / di dalam belukar. forensik-sebagai-kerjaya-di-kkm/ Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul 31 daripada pelbagai bahan Titik ke Titik IMBAS SAYA 1. Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang kerjaya pada masa hadapan. 2. Deklamasikan sajak dan nyatakan maksudnya. 3. Hasilkan karikatur dan jelaskan keunikannya. Daripada Kartun kepada AnimasiTEMA 3Memetik Bintang Sejajar dengan penekanan terhadap penggunaan Wayang kulit merupakan satu Pada tahun 1983, filem teknologi digital di Malaysia, bentuk animasi awal yang animasi pendek Malaysia siri animasi televisyen terdapat di Malaysia. Gerakan yang pertama, Hikayat Sang pertama, Usop Sontorian watak wayang kulit dikawal Kancil ditayangkan. Pasukan dihasilkan pada tahun oleh pemainnya yang digelar juruanimasi mengambil 1995. Seterusnya, filem dalang dengan menggerakkan masa selama enam belas cereka animasi pertama, sendi tangan, leher, dan mulut tahun untuk menyiapkan Silat Legenda dihasilkan karakter dalam persembahan animasi ini yang berdurasi pada tahun 1998. Karakter wayang kulit. Ketika ini, tiga belas minit. Juruanimasi animasi moden dalam juruanimasi perlu mempunyai melukis karakter dengan bentuk 2D dan 3D dibina kemahiran yang tinggi untuk banyak di atas kertas menggunakan perisian mereka bentuk, melukis, secara lukisan tangan. komputer berteknologi dan mewarnakan karakter Lukisan yang banyak ini tinggi, antaranya seperti secara manual. Karakter kemudiannya dirakamkan perisian Autodesk Maya, yang membantu penceritaan dengan menggunakan Logic Pro, dan Adobe Creative dilukis di atas kulit lembu kamera animasi untuk Suite. Dengan kecanggihan dan dipotong menggunakan dijadikan seluloid atau perisian teknologi digital, teknik animasi guntingan. kepingan filem. karakter animasi boleh dilukis dengan sempurnanya walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. 32Sang Animator TEMA 3Kini, kualiti produk animasi Dia terjun ke sungai animasi Memetik Bintangtempatan mampu menjadi dengan perahu kemahiransaingan kepada beberapa perisian moden juga besar pengeluar animasidi dunia. Filem animasi seperti Di hujung jariGeng Pengembaraan Bermula dia menghidupkan watak-watakUpin dan Ipin dan BoBoiBoy memberikan nyawa kepada karakterthe Movie mula menembusi agar hidup di layar perak. Mutakhir ini, filemanimasi dihasilkan dengan Hidupnya paparan aneka warnakonsep hiburan 3D, interaktif, dunia gerakan juga suaradan bertaraf antarabangsa. Pada kesan bunyi menyentap jiwapendapat anda, bagaimanakah gabungan paparan audio dan visualprospek kerjaya juruanimasi serta emosi pelengkap masa hadapan? Sang animator insan di sebalik tabir kerana dialah Anak-anak Sidek Usop Sontorian Bola Kampung Ejen Ali atau Keluang Man Kampung Boy atau BoBoiBoy malah Upin dan Ipin serta Omar dan Hana mewarnai alam ria kanak-kanak terus gemerlapan di garis kenangan. Dialah penghidup karakter hero mengolah watak-watak tempatan mendapat tempat di pentas dunia. Sang animator, baginya senyum tawa para penonton dengan keletah penuh ceria menjadikan dia bahagia buat selamanya. Nimoiz Gual Ipoh, Tanah Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan 33 memberikan justifikasi menggunakan ayat yang Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap Potensi Diri IMBAS SAYA 1. Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohon program budaya peringkat antarabangsa. 2. Simulasikan gaya berpakaian, berjalan, dan duduk yang betul semasa sesi temu duga dan nilaikan. Hiasi Peribadi, Yakini Diri Nur Ain Sofia bercadang untuk menyertai program budaya peringkat antarabangsa. Resume yang sesuai perlu disediakan untuk memohon program tersebut. Nur Ain Sofia binti Kamarul AzmiTEMA 3 Anugerah • Tokoh Pemimpin Muda semasa Potensi Diri Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri. • Mesra dan mudah bekerjasama • Johan Pertandingan Tarian dalam kumpulan. • Boleh berkomunikasi denganMemetik Bintang Zapin Peringkat Daerah. semua lapisan masyarakat. • Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Sekolah. • Bersedia melakukan tugas • Tokoh Kokurikulum Sekolah. sebagai sukarelawan. • Bersedia menerima Kemahiran Teknologi Maklumat tanggungjawab • Mahir menggunakan perisian • Jujur dan boleh untuk memimpin. Microsoft Office. dipercayai. • Sedia menerima cabaran untuk • Mampu menghasilkan video kreatif. melakukan tugasan yang sukar. • Menguasai kemahiran reka Boleh memotivasikan diri dan • bentuk grafik. bekerja di bawah tekanan. Kemahiran Bahasa Bahasa Melayu ***** Kemahiran Tambahan Bahasa Inggeris ***** • Mahir bermain beberapa Bahasa Jepun *** jenis alat muzik moden dan tradisional. Alamat untuk dihubungi • Mahir seni tarian zapin. Sekolah Menengah Kebangsaan • Berkebolehan dalam Seri Cemerlang, Jalan Gemilang 7, Taman Jaya, pengucapan awam. 25000 Kuantan, Pahang. Rujukan Cik Nur Damia binti Halim No. Telefon 019-123456789 Guru Tingkatan 4 Supernova E-mel [email protected] Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cemerlang. No. Telefon 012-123456789 34Nur Ain Sofia telah memohon untuk menyertai program budaya peringkat antarabangsa. TEMA 3Dia telah dipanggil untuk menjalani temu duga. Memetik BintangNur Ain Sofia Selamat sejahtera, tuan dan duga 1 Selamat sejahtera. Silakan Ain Sofia Terima kasih, duga 2 Saudari Nur Ain Sofia telah memohon untuk menyertai program budaya peringkat antarabangsa, betul?Nur Ain Sofia Ya, betul, duga 1 Boleh jelaskan sedikit tentang latar belakang Saudari Nur Ain Sofia?Nur Ain Sofia Saya berusia 16 tahun dan berada dalam Tingkatan 4 Supernova di SMK Seri Cemerlang. Di sekolah, saya ialah seorang pengawas dan setiausaha Kelab Seni Budaya. Saya aktif dalam aktiviti seni budaya dan kerap menyertai pertandingan duga 2 Mengapakah saudari memohon program budaya peringkat antarabangsa ini?Nur Ain Sofia Saya memohon program ini kerana ingin melihat keunikan dan mengenali budaya masyarakat di luar duga 1 Tadi saudari ada menyatakan hasrat untuk mengenali budaya masyarakat luar. Boleh saudari terangkan lebih lanjut?Nur Ain Sofia Boleh, tuan. Sebenarnya, saya ingin melihat sendiri keunikan budaya masyarakat lain di dunia seperti pakaian dan tarian tradisional mereka. Pada masa yang sama, saya akan mengambil peluang menonjolkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan duga 2 Boleh saudari jelaskan?Nur Ain Sofia Sebagai warganegara yang cinta akan tanah airnya, saya berbangga untuk memperkenalkan keindahan warisan budaya Malaysia seperti baju kurung teluk belanga dan tarian duga 1 Wah, menarik sekali! Jika saudari terpilih untuk menyertai program ini, apakah perkara yang saudari ingin lakukan semasa berada di sana?Nur Ain Sofia Selain mengikuti semua aktiviti yang ditetapkan oleh penganjur, saya juga akan membuat demonstrasi tarian zapin dan permainan duga 2 Baiklah, terima kasih Saudari Nur Ain Sofia. Selepas ini, sila ke Bilik Temu Duga 2 untuk ujian Ain Sofia Terima kasih dan selamat sejahtera, tuan dan Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang 35 pendidikan dan kerjaya dengan Setinggi Gunung 1. Baca dan nilai bentuk serta kandungan teks. 2. Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan. 3. Kenal pasti kerjaya berdasarkan potensi diri anda. Karnival kerjaya merupakan wadah terbaik yang menyediakan maklumat tentang dunia kerjaya. Kunjungilah karnival kerjaya yang berhampiran sebagai persiapan sebelum anda menceburi dunia 3 KARNIVAL KERJAYA 2 MAC 20 /SABTUMemetik Bintang Dewan Muhibah, Bangunan Teguh Niaga, 18, Jalan Setia, 54600 Kuala Lumpur 900 pagi - 500 petang Anjuran Yayasan Anak Watan Malaysia Yawam dan Persatuan Mahasiswa Muda Permam Semakan status permohonan dan pendaftaran pekerjaan secara dalam talian adalah percuma Pameran Syarikat/Agensi Peluang Kerjaya Bimbingan • Jabatan kerajaan. • Pendaftaran pekerjaan. • Tatacara temu duga. • Agensi kerajaan. • Temu duga terbuka. • Taklimat industri. • UA, US, dan PLKA. • Ujian bertulis. • Kaunseling kerjaya. • Syarikat swasta. Gerai Jualan Aktiviti Kaunter Kesihatan • Sebanyak 30 buah • Senamrobik. • Pemeriksaan • Bual bicara bersama gerai terlibat menjual panel jemputan. kesihatan bersama makanan dan pakaian. • Uji bakat kerjaya dalam kumpulan perubatan • Jualan barangan digital dari Hospital Kuala pelbagai jenama. bidang penyiaran bersama Lumpur HKL. RTM, Bernama, dan Radio IKIM. • Pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen. 36Alam Kerjaya Terbentang Luas TEMA 3Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia Yawam dan Memetik BintangPersatuan Mahasiswa Muda Permam telah memberikan peluang kepada anak muda untukmendapatkan maklumat pekerjaan. Program yang berjalan lancar pada 2 Mac 20  inimenyediakan lebih 3000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Pengerusi Yawam, Encik Muhammad Zaki bin Zahid, mengatakan bahawa program ituturut dijayakan oleh lebih 50 buah organisasi termasuklah syarikat swasta, kementerian,jabatan kerajaan, Universiti Awam UA, Universiti Swasta US, dan Pusat LatihanKemahiran Awam PLKA. Pelbagai aktiviti menarik dan sarat dengan ilmu turut disediakan. Antaranya termasuklahacara senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan, dan uji bakat kerjayadalam bidang penyiaran bersama RTM, Bernama, dan Radio IKIM. Selain itu, karnival initurut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digitalpelbagai jenama, dan kaunter kesihatan Hospital Kuala Lumpur HKL untuk pemeriksaankesihatan. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalampertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih. Menerusi program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula,pengunjung mendapat beberapa tip untuk temu duga, antaranya termasuklah penyediaanresume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching, dan etika berpakaian. Bengkeldan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkan parapengunjung mendapatkan panduan dan latihan temu duga sebagai persediaan untuk temuduga sebenar. Sesungguhnya, karnival kerjaya ini sangat memberikan manfaat kepada para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba ilmudengan menghadiri karnival kerjaya ini. Bak kata pepatah Melayu, jika pengayuh sayangdibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Contoh Borang Penilaian Kendiri Tandakan skala di bawah. 1 - Setuju 2 - Tidak setujuBIL. ITEM BAHAN A BAHAN B ALASAN SKALA 12121. Bentuk paparan menarik minat Memberikan lebih banyak Lebih mudah difahami oleh Susunan maklumat mudah Memberikan ilmu baharu kepada Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul 37 dan Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut 1 Teliti bahan di bawah dan huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pekerja cemerlang dengan menggunakan ayat yang 3 1 Kerja CIRI-CIRI 2 Keterampilan berpasukan PEKERJA berkomunikasi 3 Berdisiplin CEMERLANG 4 BijakMemetik Bintang menyelesaikan masalah 5 Mahir menggunakan teknologi terkini Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis. 1. Sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Ulas pernyataan tersebut. 2. Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda. 3. Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan kian banyak dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan pembelajaran secara maya. 38Soalan 3Analisis infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dantersirat tentang kadar kebolehpasaran GRADUAN Graduan lelaki menunjukkan TEMPATAN kebolehpasaran yang Tinggimeningkat 11% dari tahun 2017 daripada graduan wanitaKEBOLEHPASARAN MERUJUK KEPADA GRADUAN Melanjutkan pengajian Menunggu penempatan pekerjaan Meningkatkan kemahiranKADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2017-2018 TEMA 3 Kategori Universiti Tahun Catatan GRADUAN BELUM BEKERJAUA 2017 2018 meningkat meningkat meningkat Komuniti menurun Sumber Memetik Bintang infografik-kebolehpasaran-graduan-tahun-2018Soalan 4Baca kedua-dua bahan dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang 1 Faedah Sukan kepada Remaja Kegiatan sukan mendatangkan banyak faedah kepada remaja. Antaranya sukan dapat melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Sebagai contoh, aktiviti sukan seperti berbasikal, mendaki gunung, dan bermain bola sepak akan membantu remaja untuk membina tubuh badan yang sihat, cergas, dan menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan dengan membakar lemak berlebihan dalam badan. Natijah daripada badan yang sihat juga akan melahirkan minda yang cerdas dan mendorong kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, remaja dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat. Contohnya, remaja dapat memanfaatkan masa lapang dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti tenis, memanah, dan futsal. Remaja yang aktif dalam sukan pasti tidak akan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat seperti menghabiskan masa lapang dengan menonton televisyen, tidur, atau melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya, mereka akan mengisi masa senggang mereka dengan melakukan aktiviti sukan yang digemari bersama rakan-rakan. Impaknya, remaja akan membentuk gaya hidup yang sihat dan terhindar daripada masalah sosial. 39TEMA 3 Seterusnya, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat remaja. Melalui pertandingan yang diadakan pada peringkat sekolah, guru akan dapat mengesan dan mencungkil bakat terpendam remaja dalam pelbagai acara sukan seperti catur, badminton, dan olahraga. Pada masa yang sama, guru akan menggilap bakat remaja ini dengan latihan yang terancang agar mereka dapat bermain dengan baiknya semasa pertandingan dijalankan. Dengan ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat dan melahirkan ramai atlet yang berpotensi untuk berjaya pada peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa bersukan semangat kekitaan dan keakraban antara rakyat berbilang kaum di negara ini dapat dipupuk. Atlet yang berada dalam pasukan yang terdiri daripada remaja yang berbeza kaum dan budaya akan bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka. Impaknya, sifat toleransi dan semangat kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang dapat dipupuk dan perpaduan dapat dijalin. Sumber Petikan 2 Ikon Sukan NegaraMemetik Bintang Azizulhasni bin Awang Lumba Basikal • 2015 - Mendapat pingat gangsa dalam acara Keirin Kejohanan Dunia di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis. • 2016 - Mendapat pingat gangsa dalam acara Keirin Kejohanan Dunia di London. - Mendapat pingat gangsa dalam acara Keirin Sukan Olimpik di Rio, Brazil. • 2017 - Mendapat pingat emas dalam acara Keirin Kejohanan Dunia di Hong Kong. - Mendapat pingat emas dalam acara Pecut Kejohanan Asia di New Delhi, India. - Mendapat pingat emas dalam acara Keirin dan Pecut Sukan SEA di Kuala Lumpur. • 2018 - Mendapat pingat emas dalam acara Pecut Sukan Asia, Jakarta-Palembang. - Mendapat pingat gangsa dalam acara Keirin Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman. Siti Rahmah binti Mohamed Nasir Silat Olahraga • 2015 - Mendapat pingat emas dalam Sukan SEA. • 2016 - Mendapat pingat emas dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia. - Dinobatkan sebagai Olahragawati Negeri Terengganu dan Olahragawati Kebangsaan. • 2017 - Mendapat pingat emas dalam Sukan SEA. - Dianugerahi Anugerah Tun Fatimah oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia. • 2018 - Mendapat pingat emas dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Singapura. 40Sivasangari a/p Subramaniam Skuasy TEMA 3 • 2011 - Mendapat Anugerah Atlet Harapan MSSM. • 2014 - Menjuarai Terbuka Remaja British, Perempuan B15 di Sheffield, England. • 2017 - Mendapat pingat emas dalam Sukan SEA, Kuala Lumpur acara Individu dan Beregu Campuran. • 2018 - Menjuarai Terbuka Remaja British, Perempuan B19 di Birmingham, England. - Mendapat pingat emas dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 Beregu Wanita. - Mendapat pingat perak dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 acara Individu.1. Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja?2. Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang cerdas?3. Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda?4. Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa?6. Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang sukan?Soalan 5 Memetik Bintanga. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. i. suruhanjaya iv. pengambilalihan ii. antarabangsa v. gimrama iii. mencampuradukkan vi. asbutb. Baca atur cara di bawah dengan telitinya. Kenal pasti kata akronim yang terdapat dalam bahan dan kategorikan jenisnya. MAJLIS PERASMIAN HARI KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWANAN SMK INDAH JAYATarikh 27 September 20  Hari RabuMasa 730 pagiTempat Dewan Graha Munsyi Degram, SMK Indah JayaAtur cara730 pagi Senamrobik815 pagi Ketibaan tetamu khas Yang Berbahagia Puan Hajah Fauziah binti Ramli, Pengerusi, Yayasan Koperasi Bina Cemerlang KOBILANG 41TEMA 3 830 pagi Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Bangsa JohorMemetik Bintang Nyanyian Lagu Sekolah Persembahan kompang formasi Persatuan Kompang Perkom Persembahan Bicara Berirama Kumpulan Biber 845 pagi Ucapan alu-aluan Pengetua 855 pagi Ucapan perasmian Yang Berbahagia Puan Hajah Fauziah binti Ramli, Pengerusi, Yayasan Koperasi Bina Cemerlang KOBILANG 920 pagi Persembahan tarian zapin Persembahan kugiran 950 pagi Penyampaian cenderamata 1000 pagi Lawatan ke tapak pameran Reruai jualan - makanan dan pakaian sukan pelbagai jenama Reruai pameran - unit kokurikulum, UniSZA, UPSI, UNITEN, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS, Bernama, pawagam mini 1100 pagi Bersurai Soalan 6 Berdasarkan foto susunan bilik darjah yang terdapat dalam bahan, pilih satu foto susunan bilik darjah yang anda gemari. Kemudian, berikan pendapat anda tentang susunan bilik darjah yang anda pilih. 42

Listenonline to Zubir Abdullah - Zapin Teluk Belanga and find out more about its history, critical reception, and meaning.
UntukMemeriahkan Promosi PEMERINTAH KOTA PEKANBARU di Mall Tanjungpinang City Centre menhadirkan OJI Liga Dangdut di Pesona Pekanbaru Bandaraya Melayu 2019
Ustd..(Zapin Teluk Belanga) Dicatat oleh Unknown di 1/10/2012 05:40:00 pm. Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
View STML BJMP2033 at Northern University of Malaysia. FALSAFAH SENI PERSEMBAHAN MELAYU DI SEBALIK TARIAN ZAPIN 1 Mohd Anis Md Nor Dalam pengertian yang cukup luas

Download& View 20 Macam Lagu Melayu Riau as PDF for free Kuansing Lancang Kuning Zapin Agar Terbang Bawa Bersuluh Anak Igat Dendang Nelayan Dung-Dung Serr Gazal Sememang Long Bedul Molok & Pak Cik Seman Pancang Kelong belanga Baju kurung cekak musang Baju kurung teluk Baju monyet Baju Belah Kebaya Panjang Baju Melayu Cekak Musang Baju

Sebuahlagu asal nyanyian Zubir Abdullah dari negara jiran seberang Tambak. Lagu yg sering menjadi favourite saya ketika membuat persembahan2 kebudayaan. Sem .
  • y6eegw64mc.pages.dev/117
  • y6eegw64mc.pages.dev/297
  • y6eegw64mc.pages.dev/438
  • y6eegw64mc.pages.dev/529
  • y6eegw64mc.pages.dev/500
  • y6eegw64mc.pages.dev/522
  • y6eegw64mc.pages.dev/477
  • y6eegw64mc.pages.dev/981
  • y6eegw64mc.pages.dev/636
  • y6eegw64mc.pages.dev/82
  • y6eegw64mc.pages.dev/580
  • y6eegw64mc.pages.dev/996
  • y6eegw64mc.pages.dev/674
  • y6eegw64mc.pages.dev/535
  • y6eegw64mc.pages.dev/934
  • download lagu zapin teluk belanga